Friday, July 30, 2010

Air Mata

Kata Ibnu Qayyim, terdapat 10 Jenis Tangisan iaitu :

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.
Kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Rasulullah saw bersabda :
”Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa
mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:

- Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
- Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
- Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .
- Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
- Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu…..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

”Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Air mata tanda rahmat Tuhan.

Rasulullah saw bersabda “Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

mari memancing

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?



Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing. Sekali sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan.Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?

Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kepada hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.

Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan air mata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita...

Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan.... Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya... Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu.... Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya...


Keyakinan Diri


Macamana saya nak yakinkan diri? Saya selalu berasa kurang yakin dalam melakukan sesuatu. Saya selalu teragak-agak. Bolehkah saya melakukannya?. Inilah pertanyaan yang selalu kita kemukakan bila memperkatakan keyakinan diri.Apa itu keyakinan? Menurut Ranjit Singh Malhi, keyakinan diri adalah kepercayaan yang kukuh terhadap keupayaan, kebolehan dan kemampuan diri sendiri untuk mencapai cita-cita tertentu.

Sebenarnya konsep keyakinan ini telah kita miliki dan menggunakan sepenuhnya semasa kita mula-mula hendak belajar berdiri dan berjalan.Keyakinan diri adalah merupakan sesuatu yang tumbuh dalam diri secara beransur-ansur. Dalam proses belajar berjalan kita bermula dengan terbalikan badan . Apabila kita mula meniarap, seterusnya mula mengesot, merangkak dan seterusnya kita mula berdiri dan berjalan setapak demi setapak dan pada waktu itu kita sering kali tersungkur dan terjatuh. Namun kita tidak pernah berputus asa. Kita terus bangkit, mencuba dan terus mencuba dan akhirnya kita dengan megahya boleh berjalan malah boleh berlari dan melompat.HEBAT!!!


Apakah kita tidak pernah mengambil pelajaran dan iktibar dari sentuhan kejayaan yang telah kita perolehi sejak dari kecil lagi?
Kita selalu mengeluh bahawa :AKU TIDAK YAKIN.

Petua yang ingin dikongsi bagi membina keyakinan diri ialah:.

1) Kenali diri anda seadanya. Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.

2)Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain. Terima diri kita walau apapun. Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras maka kita sedia dan menyayangi diri kita. Kita mungkin boleh ubah dari aspek penampilan diri misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan , kegemukan badan dan cara kita bersosial.Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kebanyakkan kita memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.

3) Amalkan bual diri yang positif dengan banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya. Katakan selalu Aku mesti melakukan . Aku mampu untuk lakukan . Ingat keyakinan tumbuh membesar secara beransur-ansur. Kita perlu buat dan mengalami peristiwa berkenaan dan dari masa ke semasa kita akan pasti meningkatkannya. Katakan Aku ada keupayaan dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan.

4) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan sebarkan racun minda pada diri anda. Belajar bagaimana rakan anda boleh berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda jadikan panduan membina keyakinan diri.

5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun. Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

6) Imbas kembali semua kejayaan anda. Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali sebarang kejayaan yang telah anda cipta. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan dimasukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. Dan tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun mengalaminya. Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan dan kebolehan anda. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda.untuk sentiasa berada di puncak. ( Saya suka melakukan amalan ini dengar mendengar muzik yang santai
dan relak.)

7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Ingat keyakinan tumbuh secara beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.

8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.

9)Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi

10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda. Setiap perkara berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.

11)Jangan sesekali memandang rendah akan kebolehan anda. Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan? Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?

12) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda.

13) Tabahkan diri kerana anda tidak pernah gagal sebenarnya yang ada cuma hasil usaha . Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali bahawa katanya saya tidak gagal tetapi saya telah menemui hasil cara-cara yang salah untuk mencipta mentol

Mana-mana idea yang boleh anda terima, bolehlah jadikan panduan , Maaf kalau pendapat ini tidak menepati syarat maksud yang anda inginkan bagi membina keyakinan diri. Saya hanya sekadar berkongsi pengalaman diri saya dalam membina keyakinan diri sendiri.

credit to: potensi diri

Thursday, July 29, 2010

Kau bukan Milikku

Walau perlahan tapi pasti, seorang lelaki berjaya mencuri hati anda. Namun sayang, sekian lama meunggu, si dia masih tak mengucapkan kata cinta walaupun anda selalu memberikan perhatian khusus untuknya. Cuba fikirkan semula, kemungkinan cinta anda sebenarnya hanya bertepuk sebelah tangan.

Berbeza dengan perempuan, lelaki selalunya akan sukar untuk menolak perhatian yang diberikan oleh perempuan walaupun sebenarnya mereka tak suka. Apatahlagi bila anda selalu bersikap manis dan penuh perhatian kepadanya. Sayangnya, sikap kurang tegasnya itu akan membuat kaum hawa runsing untuk menentukan langkah, diteruskan atau diabaikan. Oleh itu, supaya kaum hawa terhindar dari situasi tersebut, perhatikan tanda-tanda penolakan yang lelaki berikan seperti berikut ini.

bertanya tentang kawan anda

Si dia kerap menanyakan tentang kawan wanita anda, bahkan meminta anda mengajaknya untuk tengok wayang atau makan malam bersama. Boleh dipastikan si dia sebenarnya memang tak tertarik pada anda. Bila si dia semakin kerap menunjukkan kekaguman pada kawan anda, adalah lebih baik lupakan si dia sebelum hati terlanjur berharap.

mencadangkan kawan lelakinya untuk anda

Sejak kebelakangan ini si dia semakin serius mempromosikan kelebihan kawannya yang dirasakan sesuai untuk anda. Bahkan si dia turut membuat planning untuk mempertemukan anda berdua. Kemungkinan ini adalah cara si dia menebus perasaan tidak sedap hati kerana menolak anda. Dia juga kadang kala menyuruh anda untuk mencari teman lelaki lain.

Selalu sibuk

Si dia semakin susah untuk dihubungi dan memberikan pelbagai alasan untuk mengatakan bahwa ia sibuk. Mungkin ia memang sibuk, tapi adalah lebih besar kemungkinan bahawa si dia sedang berusaha menghindarkan diri daripada anda. Ando sibuk bertanya khabar dia tp dia tidak pernah bertanya khabar anda. Setiap kali anda menghantar sms, dia hanya membalas pertanyaan anda tanpa ada usaha untuk memperkembangkan perbualan (komunikasi sehala).

(p/s: aku sgt suka dengan point ini.. kenapa kah? ader kaitan kah dengan merpati putih? mungkin perlu di highlight ayat yang terakhir buat merpati putih..wahai merpati putih..sila komen.. betul kah???)

Berbeza pendapat

Ketika bersama anda, si dia gemar membicangkan topik-topik yang anda tidak suka atau juga perkara yang membosankan. Bila anda menyatakan perkara-perkara yang anda suka, si dia malah menyatakan sebaliknya, dan begitulah seterusnya. Berdasarkan sikapnya itu seharusnya anda sedar bahawa si dia sedang berusaha membuat anda semakin tidak menyukainya.


Menerima penolakan memang bukan sesuatu perkara yang mengembirakan. Untuk beberapa ketika, mungkin anda akan berasa terluka, tapi hadapi sahajalah dengan tenang hati, jangan sampai bersikap emosional dan memburuk-burukkan si dia dengan mencaci maki. Apatahlagi sekiranya si dia memang seorang kawan yang baik untuk anda. Lihatlah penolakan tersebut sebagai jalan untuk anda bertemu orang yang lebih baik dan tak akan membuat anda menyesal di kemudian hari.


Renung2kan dan fikir2kan... Bersediahkah anda untuk menerima kenyataan? la..la..la.. =D

sumber: internet... bukan hasil nukilan aku... cuma sekadar berkongsi untuk pembacaan....

Thursday, July 22, 2010

SENGAL UBI

hari aku sgt marah...sgt tension n sgt stress dengan manusia yg bersikap SELFISH..
dah la dengan kondisi aku yg x berapa ok nie.. hishh.. makin mudahla aku naik marah..
kenapa??? kenapa?? apa mereka dah buat??

hmmm....

hmm....

nanti la aku citer.. sbb skrg aku sgt x larat...
ni pun tulis sbb nak lepaskan marah n segala bagai...
aku x mo tido dgn rasa marah..
mane la tau umor x panjang esok..
so slh satu cr adalah dengan meluahkan rasa marah ini..
semoga aku dpt tidur dgn lena malam nie..

so buat kamu2 yg SELFISH itu, aku mau bilang yg aku sgt marah n stress sama kamu..


p/s: wahai en merpati putih..x boleh ke kalo sesekali awak buat sy senang hati sekejap?? bleh x awak hadiahkan sy sedikit ketenangan dan kegembiraan? susah sgt ker?

Wednesday, July 21, 2010

Chemistry

Subject Kimia? Ohh... tidak same sekali..bukan itu yang ingin dicoretkan... Lg pun subject Kimia bukan la subject feberet saya mase tingkatan 4, 5 dan juga matrik.. Entah kenapa otak sy memang susah sket nk terima pasal kimia n persamaan segala bagai itu....melalut sudah...

Ok.. back to the objektif.. (eh..dah mcm nak buat report je).. Sejak akhir2 ini sy sgt rindukan dia.. selalu teringat kat dia.. tp kan.. sy rase antara sy dengan dia mcm x der chemistry antara satu sama lain.. sy dok rindu n teringat kt dia.. tp dia x ingat langsung kat saya.. ( siapa kau untuk dia ingat? perasan fofular la konon...) Oh kenapa kah? adakah dia bukan ditakdirkan untuk sy??

haigu..PARAh sudah ini budak.. mau kene anta pergi itu bilik kaunseling la.. kasi center balik.. haha..pa per pun malas nak membebel lebih panjang..jom layan lagu ni... best gak...


mE & rAiN

p/s: kenapa petang ni serdang x hujan????

Keistimewaan TANAH

Baru2 ini, ketika dalam perjalanan pulang dr menzirahi kawan di hospital, seorang kawan sy bukan Islam telah melontarkan satu soalan kepada kawan sy. Mengapa perlu meggunakan tanah untuk membersihkan najis @ sekiranya bersentuhan dengan anjing dan babi dalam islam.

So, saya pun terpanggil untuk mencari jawapan kepada persoalan tersebut dan saya telah menemui satu artikel yang menarik. Jom baca:

Utusan Online
30 Mac 2005

Wadah Wanita Islam: Saintis buktikan keistimewaan tanah
Oleh Prof Madya Maznah Daud


BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan kejadian seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Hazman Khan, 9, diserang anjing di Taman Putra Perdana, Puchong. Serangan itu, menyebabkan mangsa luka dan terpaksa dijahit 180 jahitan. Akibatnya dia mengalami trauma teruk, sentiasa mengalirkan air mata setiap kali teringat peristiwa mengerikan itu.

Di kalangan masyarakat Islam, anjing sinonim dengan perkataan najis mughallazah. Lantaran itu boleh dikatakan rata-rata orang Islam khususnya, di Malaysia ‘tidak berani’ mendekati anjing, apa lagi menyentuhnya.

Anjing sebagai sesuatu yang najis, termaktub dalam hadis sahih riwayat Muslim, Ahmad dan lain-lain. Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Sucinya bejana salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”

Mungkin timbul persoalan mengapa Rasulullah menyuruh umatnya menggunakan tanah untuk menyuci bekas yang dijilat anjing? Ada mengatakan, terbukti bahawa dalam air liur anjing ada bakteria yang hanya dapat dimatikan oleh tanah yang dicampur air.

Menurut ahli sains, dalam air liur setiap makhluk yang hidup di bumi ini ada bakteria yang tidak terhitung banyaknya. Contohnya, manusia mengeluarkan 1.5 liter air liur dalam sehari. Dalam setiap satu mililiter air liur yang dikeluarkan ada 750 ribu juta bakteria. Ketika mulut itu mengandungi sisa-sisa makanan yang tidak dibersihkan atau selepas bangun tidur, bilangan bakteria itu bertambah tujuh kali ganda banyaknya. Ini dinisbah kepada air liur manusia, makhluk paling suci. Ali liur anjing? Allah saja Maha Mengetahui.

Mengenai tanah, Dr Danial Zainal Abidin menulis dalam bukunya bertajuk Empayar Minda Muslim:

”Tanah mempunyai komposisinya yang tersendiri, 45 peratus daripadanya adalah zat logam (galian), 25 peratus udara, 25 peratus air dan 5 peratus adalah bahan-bahan organik. Tanah ada kelebihannya. Ahli sains di Norway menemui sejenis kulat di tanah yang mampu menghasilkan ubat dinamakan cyclosporin. Ia digunakan sebagai rawatan selepas pembedahan pemindahan organ (anti-rejection drug).

Di sebuah ladang jagung, seorang pelajar dari Universiti Wisconsin menemui sejenis protein daripada bakteria tertentu yang boleh mengeluarkan ais (bacterial ice-forming protein). Pada hari ini, ia digunakan untuk mengeluarkan ais bagi pusat ski.

Di Indonesia, saintis menemui sejenis bahan daripada kuman tertentu (microbial molecule) dalam tanah yang mampu menukarkan kanji (starch) kepada glukos. Di sebuah padang golf di Jepun, seorang saintis menemui sejenis ubat yang mampu merawat penyakit parasit (parasitic infection) yang sering menyerang binatang ternakan.

Bakteria dari tanah telah menghasilkan produk yang bernama ivermectin. Ubat ini mampu membunuh cacing yang menyerang manusia dan binatang dengan cara menghalang penyebaran maklumat dalam sistem saraf cacing (blocking the transmission of nerve signals).

Pada tahun 1980-an, saintis menemui satu bahan kimia dari tanah di Sepanyol. Ia digunakan untuk menghasilkan ubat yang mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah (cholesterol-lowering drug).

Dalam konteks pemindahan organ, antara masalah besar yang sering dihadapi adalah penolakan organ baru oleh badan penerima dan reaksi ini boleh membahayakan nyawa. Pada pertengahan 1980-an, saintis menemui satu bahan yang mampu mengawal proses penolakan organ dengan cara mengawal proses tertentu dalam sistem pertahanan badan (immune system). Bahan ini diperoleh dari tanah bukit dan produk yang terhasil daripadanya dikenali sebagai Prograf. Ia digunakan sebagai rawatan kepada pesakit yang terpaksa menjalani pembedahan pemindahan hati (liver transplant) bermula 1994.

Kira-kira 3,222 antibiotik pada hari ini diperoleh daripada kuman dan kebanyakannya dari tanah. Antara produk antibiotik yang terhasil daripadanya adalah erythromycin, streptomycin dan tetracycline.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah membuat kajian untuk menilai kemampuan tanah sebagai alat pencuci kotoran. Kajian ini dilakukan di Bangladesh pada 1993. Ia untuk membandingkan kuasa cucian yang ada pada sabun biasa, abu dan tanah selut.

Dua puluh wanita dari Dhaka terbabit dalam kajian ini. Sebahagian mereka mencuci tangan dengan sabun, abu dan tanah selut. Mereka melakukannya dengan cara tertentu selama lima hari. Rumusannya adalah sabun, abu dan tanah selut adalah sama-sama berkesan sebagai bahan pencuci, jika dilakukan dengan betul.

Apabila seseorang Muslim bersuci dengan tanah, dia juga mendekatkan dirinya kepada alam dan kunci kehidupan yang diciptakan Allah. Lebih daripada itu, tanah adalah alat pencuci yang murah, berkesan dan boleh diperoleh di seluruh dunia.

Justeru, penggunaan air dan tanah mendekatkan umat Islam kepada alam dan kunci kehidupan. Ia juga mengingatkan mereka kepada asal usul manusia, selain merangsang untuk terus mengkaji alam dan mencungkil rahsianya.

Begitu pun, kenajisan sesuatu benda walaupun dikategorikan sebagai najis mughallazah tidak bermakna haram menyentuhnya. Begitu juga sucinya sesuatu itu tidak bermakna halal bagi kita menyentuhnya. Umpamanya, tahi dan air kencing manusia serta haiwan yang haram dimakan adalah najis.

Namun, setiap hari kita menyentuh benda itu ketika membasuh kemaluan selepas membuang air kecil dan besar. Tidak ada ulama mengatakan perbuatan itu (menyentuh najis) berdosa.

Wanita yang bukan mahram adalah haram bagi lelaki ajnabi menyentuhnya, padahal wanita itu suci dan tidak najis. Al-Quran, menurut majoriti fuqaha, haram disentuh oleh mereka yang berhadas sama ada kecil atau besar. Hal ini bukan kerana orang berhadas itu dianggap najis. Buktinya benda yang disentuh oleh orang yang berhadas tidak wajib dibasuh.

Kesimpulannya, hukum najis dan sentuh adalah dua isu berbeza yang tidak boleh dikaitkan antara satu dengan lain. Najis tidak semestinya haram disentuh, suci tidak semestinya halal disentuh oleh sesiapa saja tanpa batas dan syarat. Bertitik tolak dari konsep ini, maka dalam al-Quran disebutkan beberapa fungsi anjing yang boleh dimanfaatkan oleh manusia.

sumber: Komuniti Pendidik

sekadar berkongsi ilmu dengan semua... =D

Tuesday, July 20, 2010

BANCI or BENCI


hari ni sy mau cerita pasal banci.. sebab semalam sy berborak ngan sorang kawan yang bertugas sebagai pembanci untuk tahun ini... mcm2 pengalaman yang telah dikongsikan bersama saya.. segala pahit manis suka duka yang dilalui sejak 6 Julai 2010 yang lalu... Kira lebih kurang 3 minggu dah pembancian negara 2010 dijalankan...

Bila dengar pengalaman kawan saya membuat sy menjadi terlebih emosional lak..haha..sy benar2 x faham dengan segelintir masyarakat kita.. Susah sangat ke nk bagi kerjasama pada mereka untuk membanci? bukan susah pun.. suruh jawab beberapa soklan je.. Menurut pengalaman kawan saya, ada diantara mereka yang pernah dihalau.. Bila mereka memberi salam di rumah berkenaan, tuan rumah rumah akan terus marah2 and cakap tak mo..tak mo banci... hello.... kan ke kerajaan dah mintak kerjasama daripada semua pihak, so kenapa masih ada kata x mo banci..????

Ada satu rumah tue, kawan saya memberi salam, pastu anak kecil tuan rumah yang keluar. Kemudian dia ckp kat mak dia ada org datang. Mak dia kata nak ape.. So kawan sy ckp la dia pembanci dr jabatan perangkaan , nak buat bancian...Pastu makcik tu boleh cakap, datang esok aje la.. Then kawan saya ni pun datang ke esokkan hr nya.. mcm semalam gak, yg menyambut kedatangan dia adalah anak kecil itu.. Dia kata mak dia suruh tunggu sekejap.. 30 minit berlalu baru lah makcik tu keluar n kata x mo.. 30 minit tu................. bukan 30 saat.. Kawan sy pun ckp la, x boleh makcik.. mcm mane pun kene banci jugak.. then makcik tu kata dtg esok.. So, kawan sy pun buat la temujanji untuk dtg esok.. Tau x ape jd keesokkan hr nye? Kosong..Tiada orang di rumah.. pada hal dah dibuat temu janji tue.. 3 kali tu kawan saya ke sana... mcm ni punya org pun ader ke... Ape, makcik ingat umah makcik sorang je ke depa kene buat banciaan? Menurut kawan saya, minimum mereka mesti kunjungi sesebuah rumah ialah 4 kali.. sekiranya kali ke 4 tiada orang, barulah mereka boleh meninggalkan borang itu... itu pun kalo mereka nak bg kerjasama untuk isi n kembalikan semula...

Itu baru sedikit...belum lagi yang dikejar dek anjing, dihalau dan segala bagai... Ape perasaan kita bila kita nak buat kerja kita tp kita kene halau?? HALAU tue... hello...mereka tu kan ader kad pengesahan yang menunjukkan mereka itu pembanci... kalo yer pun x mo benarkan mereka masuk ke dalam rumah, ape salah nye kalo bg kerjasama untuk menjawab soalan mereka w/pun di hadapan pintu pagar... x kesian ke tgk mereka berpanas berhujan semata2 untuk menjalankan tanggungjawab mereka.. Bukan nye selalu banciaan ini diadakan.. 10 tahun sekali tue.. itu pun susah ker? Kalo bab nak menyalahkan kerajaan @ mintak sumbangan @ subsidi segala bagai pandai..menyalahkan kerajaan itu ini pandai... tp bila kerajaan mintak kerjasama untuk mendapatkan maklumat untuk perangkaan pembangunan negara pun x boleh nak buat... Bila berhujah bedebat menyalahkan kerajaan @ orang2 politik huh.... lantang sungguh,... itu salah ini salah... politician itu x buat kerja politician ini x buat kerja...

Untuk makluman, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) akan menjadi input yang amat penting dalam penggubalan dasar dan strategi pembangunan negara yang kini bergerak ke arah menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 dan akan membantu menjayakan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) terutama memastikan keadilan sosial termasuk pengagihan kekayaan negara.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, data yang dikumpul dalam proses bancian kali kelima itu akan membolehkan kerajaan melaksanakan dasar penting bagi meningkatkan kualiti hidup dan keselesaan rakyat.kerajaan akan menjalankan pelbagai program latihan dengan objektif utama untuk meningkatkan keupayaan dan membina kebolehan serta kemahiran rakyat.

Banci pada tahun ini telah dijalankan dalam 3 kaedah iaitu:

i. Temu ramah bersemuka oleh pembanci dan penghuni kediaman:

Pembanci akan melawat ke setiap tempat dan kawasan kediaman seperti yang telah ditetapkan oleh penguasa daerah bancian dan penyelia pembanci untuk menemu ramah penduduk bagi mendapatkan maklumat. Jika melakukan kaedah ini, maka kedua-dua kaedah dibawah tidak perlu lagi dilaksanakan pada tuan dan isi rumah yang sama.

ii. Pengisian sendiri

a) Drop-off and pick-up (DOPU)

Melalui kaedah ini, pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci yang mengandungi item seperti berikut: Borang Soal Selidik (Dokumen 2), Pen khas untuk kegunaan urusan DOPU, Sampul Surat yang tertera perkataan "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA" di bahagian muka sampul surat pada bahagian paling atas, Panduan Mengisi Borang Soal Selidik (DOPU) (Dokumen 15b), Panduan Mengisi e-Census (Dokumen 6) (Terhad) dan Surat Pemberitahuan Lawatan Semula (Dokumen 7). Penghuni tempat kediaman perlu memberi respon dengan mengisi sendiri dokumen-dokumen berkenaan. Pembanci akan kembali pada tarikh yang dipersetujui untuk mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi. Semua item tersebut akan dimasukkan ke dalam plastik khas berpelekat dan kemudian dimasukkan kedalam plastik penggantung yang turut diberikan oleh pembanci.

b) e-Census

Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui laman web Jabatan www.statistics.gov.my. Butir-butir Pengenalan (ID) akan dibekalkan dalam Kit Banci bagi membolehkan responden mengakses ke sistem e-Census. Untuk tujuan kawalan, pengisian sendiri soal selidik ini hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja iaitu kawasan bandar besar atau kawasan yang susah diakses. Akses untuk menggunakan e-Census adalah terhad. Jika penghuni tempat kediaman memilih untuk melangsaikan urusan soal selidik banci secara DOPU maka cara e-Census tidak diperlukan untuk dilaksanakan, begitu juga sebaliknya. (sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010)

hah..tgk,,kan sy dah membebel ni... walau mcm mana sibuk sekalipun, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi kerjasama dibanci bagi memudahkan perancangan masa depan negara... jadi berikanlah kerjasama yang sewajarnya... bukan susah pun.. bukan lama pun..bukan suruh isi borang pun.. cume jawab soklan je... mereka yang akan isi borang...x kan la mahal sgt air liur nak menjawab soklan2 tu.. kalo habiskan air liur mengutuk pemimpin, kerajaan, parti2 politik boleh pulak.. haha... Samapikan kawan saya yang jd pembanci itu mengeluarkan ayat "dah memang nasib pemBANCI diBENCI kot".. sedihnye bunyikan... so fikir2 kan la...kalo kita di tempat mereka..demi mencari sesuap nasi.. bersama2 lah kita membantu membangunkan negara... Sayangilah Tanah Air anda.. (wah....kesan dr kursus BTN)...


Friday, July 16, 2010

Aku & En Casio

Saya dan jam ibarat irama dan lagu..
Kami sentiasa bersama...
Kalo zaman dulu2, boleh dikatakan sentiasa pakai jam..
w/pun ketika tidur..
tp itu dulu la.. skrg x lagi..
Kalau nak keluar mesti pakai jam..
Kalau x pakai rase kosong dan x sempurna lak..

Dan satu tabiat saya kalau pakai jam adalah sy mesti akan cepatkan waktunya...
Kalo zaman blajor dulu saya pernah cepatkan 1/2 jam lebih awal dr waktunya..
pernah jugak smpai cepat 1 jam tu dr waktu yang sebenarnya..
ntah ape kene den pun x tahu..
Pensyarah sy pernah melepaskan kami lebih awal dr waktu sebenarnya gara2 melihat jam saya tanpa bertanya terlebih dahulu..
hehe... bukan salah saya yer..
memang pernah survey nak beli jam baru..
tp....hmmm...
kebanyakkan jam sekarang adalah jam bernombor atau hanya ada palang2 yg mewakili nombor2 itu:
sy sungguh x minat jam seperti itu..
sy suka jam digital..
senang...dan jam tu mesti ada tarikh..
mcm jam sy ni:

skrg sgt susah nk cr jam mcm ni..
aduuussh...
cume adeq beradik Casio je yg bnyak lagi design jam digital..
huhuhu..
hr ni sy sgt sedih...
huwarrgggh ...
EN Casio sy dah ROSAK..
dah x boleh nak diselamatkan lg..
sedihnye (╥_╥) ...
Saya sangat suka dan sayang pada En Casio...
walaupun dah uzur dan dah berkali2 masuk wad tp sy tetap sayang dia..
cume kali ini dia dah x dpt diselamatkan lg..
x der satu nombor pun yg muncul..

wahai EN Casio...
smpai hati awak tinggalkan sy..
smpai hati awak biarkan sy keseorangan..
Awak sedarkan yang awak itu begitu penting dan bermakna dlm hidup sy..
Tanpa awak, sy rasa hidup sy tidak lengkap..
Tahukah awak wahai En Casio...
Seandainya sy telah menyayangi sesuatu,
sy akan sayang buat selama2nya..
tp sekarang...
Awak dah tinggalkan sy...
Bagaimana untuk sy meneruskan kehidupan ini tanpa kehadiran awak?
Ketahuilah wahai En Casio, bahawa:


Trima kasih atas segala jasa dan pengorbanan awak pada sy selama ini..
Awak dah bnyak membantu sy...
Terima kasih En Casio..
Saya ❤❤❤ En Casio...

p/s: kan best kalo waktu2 begini ada org hadiahkan sy seutas jam.. haha.. berangan la wahai mahirah.. =D

Wednesday, July 14, 2010

Indahnya Jika.....

indah jika diri dicintai dan mencintai.
indah diri jika orang yang kita suka, juga menyukai kita
indah rasa diri bila mencintai dia dalam diam, dan dia juga rasa apa yg kita rasa

tetapi peritnya rasa jika jadi sebaliknya
simpan rasa dalam diam, padahal dia milik orang
simpan cinta dalam hati, sampai bila pun dia tak sedari


Friday, July 9, 2010

Kisah Teladan: Sumayyah

Mase otw balik melaka td kt HOT FM ader siarkan lagu Sumayyah by Hijjaz.. dah lame x dgr lagu tu.. tu antara lagu2 nasyid yg sy suka dgr.. So hr ni, jom kita menghayati kisah sumayyah..

Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.

Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.

Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2).

Rujukan: Multiply

Friday, July 2, 2010

Emergency..

huhuhu..
for the first time..
dlm sejarah..
hari ni aku amek
EMERGENCY LEAVE...
selama ni MC pun x pernah..
tibe2 amek EMERGENCY LEAVE..
awatnye??
ada ape2 emergency ker?
konfirm la x der..
cume aku betul2 perlukan cuti...

"Me and my heart we got issues..."

malas nk citer panjang2..
semoga..
sinar mentari kan menyinar
dan
mengembalikan semangat dan kehidupan
aku..
hopefully..
me and my heart
will not get issues anymore..





Sometimes
I Feel like I’m going out of
My mind,
Boy the way you do me is a
...
damn crime,

But then you smile at me
and its all right,

With you there aint nothin' in between,

Every time that I walk out the door,
Tell myself I can't take it no more,

There’s a part of me won't let you go
Keep saying yes when my minds saying no,

Chorus:
Me and my heart we got issues,
Don’t know if I should hate you or miss you,
Damn, I wish that I could resist you,
Can't decide if I should leave you or kiss you.
Me and my heart we got issues, issues, issues.
We got issues, issues, issues.

Its so wrong, boy you leave me hangin' for so long,
You empty out my love until its all gone,
You change the words but still it's the same song,
I’m tired of the melody.

Change my number and throw out your clothes,
But my feelings for you, it still shows,
I keep building the walls round my heart,
But then I see you, and it all falls apart...

Chorus:
Me and my heart we got issues,
Don’t know if I should hate you or miss you,
Damn, I wish that I could resist you,
Can't decide if I should leave you or kiss you.
Me and my heart we got issues, issues, issues.
We got issues, issues, issues.

Why fight it, cant hide it
Truth is I think I like it,
Confusion, illusions
Still I don’t know which way to go….

Chorus: (x2)
Me and my heart we got issues,
Don’t know if I should hate you or miss you,
Damn, I wish that I could resist you,
Can't decide if I should leave you or kiss you.

Me and my heart we got issues, issues, issues.
We got issues, issues, issues.

Me and my heart we got issues, issues, issues
We got issues, issues, issues,
We got issues, issues, issues
We got issues, issues, issues

Me and my heart we got issues
Don’t know whether I should hate you or miss you.