Sunday, June 6, 2010

Lagenda Budak Setan Vs Adamaya

Lagenda Budak Setan: Ayu dan Kasyah saling mencintai satu sama lain.. Tapi demi ibu yang sedang sakit, ayu TERPAKSA mengahwini bekas kekasihnya iaitu Azmi. Cinta Azmi terhadap Ayu masih seperti dahulu..Azmi tidak sanggup melihat Ayu dimiliki oleh org lain... Setelah melalui pelbagai dugaan dan cabaran, Ayu akhirnya bersatu jugak dengan Kasyah. Ketika itu hadirnya katerina yang mencintai Kasyah dalam diam..

Adamaya: Adam dan Maya disatukan atas permintaan kedua-dua belah keluarga. Dani adalah kekasih maya ketika itu turut berkahwin dengan orang lain selepas perkahwinan Maya dan Adam. Tetapi Dani masih mencintai Maya. Dani terus mengejar dan mengganggu rumahtangga Maya. Lisa, seorang peguam dan juga ahli NGO dalam diam mencintai adam. Namun demikian, cinta itu hanya disimpan dan dipendam sendiri..

Konsep: Cinta bersegi..

haha.. bg aku kedua2 cerita ni hampir sama.. tp x serupa..membawa konsep cinta bersegi-segi.. ye ker? itu pendapat aku la..

Lisa & Katerina: watak lisa dan katerina hampir sama. mencintai lelaki yang telah dimiliki.. mencintai dalam diam. Memang benar cinta itu x mengenal siapa.. Tp aku puji lisa dan Katerina kerana mereka terima takdir yang telah menentukan bahawa lelaki yang mereka cintai bukan milik mereka.. mencintai tidak bererti memiliki.. Bak kata lisa " memang saya mencintai adam. tp sy bahagia bila melihat adam bahagia"...waduh..sampai begitu sekali kan.. Katerina begitu kuat untuk hadir ke majlis perkahwinan Kasyah..melihat lelaki yang dicintai bersanding dengan wanita lain.. huhuhu.. kalo aku..? sanggup kah?? OMg!!Entah la aku pun x der jawapan untuk soklan itu.. tp mungkin x sanggup kot.. tengok dr jauh boleh la kot..paling tidak pun aku kirim hadiah je.. takut banjir pulak kat majlis org nanti.. hehehe...

Dani vs Azmi: Dani tidak boleh menerima hakikat yang Maya adalah milik Adam. Dani mencuba sedaya upaya untuk memiliki Maya semula. Dani tidak pernah memikirkan perasaan isterinya yang mencintai dia. hanya yang dia tahu, dia perlu meruntuhkan ikatan perkahwinan antara Adam dan Maya supaya Maya kembali kepada dia.. Azmi pula tidak dapat menerima hakikat bahawa Ayu mencintai Kasyah. Antara Azmi dan Dani, Azmi beruntung sedikit kerna Azmi dapat mengahwini Ayu.. tetapi tidak memiliki cinta ayu.. Azmi terlalu mencintai Ayu... begitu juga Dani yang terlalu mencintai Maya.. Sayang seribu kali sayang, mereka sanggup menyakiti orang yang mereka sayang... Kerana Azmi, Ayu dipukul dan accident sehingga terpaksa membuat pembedahan plastik dan menukar identiti baru.. kerana Azmi juga Ayu hilang ingatan.. Dani membuatkan Maya menjadi isteri yang curang.. Dani meletak kan Maya dikeadaan yang serba salah... Dani juga menyakiti Maya setelah Maya menolak untuk hidup bersama Dani..


huhuhu..cinta itu benar2 subjektif.. susah untuk ditafsirkan.. Memang bahagia jika kita mencintai seseorang itu dan cinta kita berbalas..Sekiranya tidak.. hmmm pikir2 dan renungkan la..

ingin menjadi seperti katerina& lisa atau Dani&Azmi...??

bagi katerina & lisa : mencintai tidak semestinya memiliki..

tp...

bagi Azmi & Dani: buat ape mencintai kalau tidak memiliki...

pilihan ditangan anda.. hihihihi... xder la.. sebenarnya.. ape pun yang terjadi, mintalah pertolongan dr Yang Maha Pencipta-Allah S.W.T. Segala yang ditakdirkan dan yang berlaku itu pasti ada hikamahnya.. Dia Maha Mengetahui.. Dia tahu ape yang terbaik untuk kita....

key la.. it just my opinion between both cerita.. almaklumlah skrg kan tgh hangat pasal Lagenda Budak Setan kt panggung...sebelum ni pulak, suma demam adamaya.. haha.. suma org nak adam.... sy pun ada " adam" saya sendiri.. =D (p/s untuk awak: kalo awak ader FASHA, saya ada ADAM...)


No comments:

Post a Comment