Wednesday, November 10, 2010

Selamat Tinggal

Entry Terakhir untuk blog ini:



akan berpindah ke "rumah" baru..
Mohon maaf atas segala salah & silap...
Assalamualaikum....

Sunday, November 7, 2010

Perlu ke?

dah lama x update blog ni.. sian terbiar..
aku sayang kan blog ini..
banyak yang tersurat dan tersirat telah aku coretkan..
tp...
aku rase mcm nak berpindah 'rumah'..
mau tutup 'rumah' ini dan pindah ke rumah 'baru'..
tp aku sayang 'rumah' ini...
rumah ini x bersalah..
tp....
aku mahu menutup segala kenangan lalu..
melupakan segala yang tak perlu aku kenang dalam hidup aku..
kerna ia bukan milikku...
adakah patut 'rumah' ini yang menjadi mangsa???
oh... aku buntu...

Thursday, October 21, 2010

Damia Qaisara



Alhamdulillah, kakak saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan - Damia Qaisara bte Norizal pada 22 September 2010 jam lebih kurang pukul 1150 malam. So, ini la cucu perempuan sulung dalam family kami merangkap anak saudara pertama saya. Damia lahir beratnya lebih kurang 2.8 kg. kecik je.. comel.. Damia konfirm berdarah O sbb mak dan ayahnya berdarah O jugak..

Memang best kalo jadi cucu sulung dalam family saya.. Tambah pula cucu sulung dalam family belah mak. Kakak berpantang kat rumah mak.. So secara x langsung sy pun timba pengalaman jaga baby kecik.. Ya Allah baru lah sy tahu betapa susahnya untuk bergelar seorang ibu.. Kakak saya begitu beruntung sbb semasa dlm pantang ada mak yang menjaganya termasuk abg ipar saya dan ahli keluarga.. Saya terfikir bagaimana lah agaknya keadaan ibu2 yang bersalin tanpa mak yang membantu. mesti susahkan..
Betul..memang bukan mudah nak menjaga bayi.. Bayi yang baru lahir baru belajar nak menyesuaikan diri. Kadang2 x mau tidur malam.. kadang2 x mau tidur siang.. hmm pernah sekali tu setiap sejam Mia bangun.. naseb baek esoknya cuti. Kalo kerja..mau pengsan dibuatnye.. Tahniah buat ibu2 yang mampu membesarkan anak2 dan terima kasih buat MAK saya yang telah membesarkan saya sehingga ke hari ini.. Jasa dan pengorbanan ibu tak dapat sy balas.

Esok Mia dah genap sebulan.. berat Mia pun dah bertambah.. tp x der la bnyk pun.. Mia still lagi kecik n comel.. Mia minum la susu banyak2 yer.. biar cepat besar. baru best nak cium.. hehe.. habis la pipi Mia.. hmm hr ahad yang lepas, Mia dah botak.. Rambut Mia kene cukur. Orang kata rambut pertama bayi perlu dicukur untuk membuang penyakit. Mari kita lihat Mia bila dah botak :

Cantik x Mia pakai hair band? =D

Damia dah makin pandai mengagah. Sronok tgk dia senyum..Kadang2 bila bercakap ngan Mia, dia tengok seolah2 faham ape yang kita cakap.. Mia suka lonjak2kan kaki mcm nk berdiri dan suka mengeliat.. hishh..comel betul bila dia mengeliat.. Lagi satu bila dia tidur, kadang2 dia suka bukak mata sket tgk kita.. kalo dia tgk ada orang, dia tutup la mata balik..suka mengendap.. hishh..anak dara x baik mengendap2 tau Mia...
Bila dah ada baby kat umah, sy pun kerap balik umah.. kadang2 seminggu sekali.. kadang2 dua minggu sekali.. kalo x balik tu, sy suruh kakak anta mms gambar Mia.. rindu kat Mia.. Last week balik, x leh berenggang langsung ngan Mia. Malam sy tido dan pangku Mia smpai waktu nak masuk bilik. Mmm smlm mak telefon kata Mia x mau tido sbb dah x der orang pangku dia lagi.. hehe.. Pandai ek Mia.. hishhh.. xbleh diajar cmni..sian nanti nenek n mak dia.. itu baru 2 hari tido berpangku.. Mia..Mia..

Bila buat entry pasal Mia ni, hadoii la.. rase rindu nak cium n pangku Mia.... hmm x sabar nak balik jumpe Mia......Miss my Mia....muaahhh....



Wednesday, October 13, 2010

Buat EN Driver

Ingatkah anda kemalangan ngeri yang berlaku pada 101010 dan meragut 12 nyawa serta menyebabkan 40 orang cedera parah di Kilometer 223,Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau? Kemalangan itu berlaku lewat jam 6.50 petang.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuhraya sebelum melambung ke laluan bertentangan. Turut terlibat dalam kemalangan tersebut adalah sebuah Bas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa buah kenderaan lain. Sebuah kereta terbakar dan sebuah lagi terperosok dibawah bas berkenaan.. Sehingga hari ini, gambar2 dan video2 kemalangan masih dipaparkan dalam facebook. Al-fatihah kepada mangsa dan salam takziah buat keluarga mereka.

Belum sampai seminggu peristiwa berkenaan, myMetro hari ini melaporkan bahawa dua pemandu bas ekspres ditahan dalam kes berasingan kerana memandu di bawah pengaruh dadah di Terminal Pengangkutan Awam Larkin dan di Plaza Tol Skudai, semalam. Mereka yang berumur 42 dan 43 tahun ditahan ketika operasi polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan ke atas pemandu bas ekspres.

Kedua-dua pemandu bas ini didapati positif dadah ketika sedang membawa penumpang. Dan salah seorang daripada mereka turut memiliki dadah. Haigu... ape sudah jadi..? Mana perginya perasaan tanggungjawab terhadap nyawa penumpang? Dah name pun bas kan..bukan sorang dua yang naik.. Tidakkah anda tahu wahai en driver, yang anda memegang tanggungjawab yang besar...?nyawa bukan lah barang taruhan dan bukan boleh dicari ganti..Amanah yang terlalu berat untuk dipikul.. bukan boleh dibawa main2.. Memang benar, takdir Tuhan tak siapa yang tahu...andai telah berhati2 dan memang tersurat berlaku juga kemalangan, itu kita kene terima qada' dan qadar ketentuan Allah. Tp itu setelah kita berusaha..

Ini memandu di bawah pengaruh dadah tue.. memang merbahayakan keselamatan penumpang yang lain... Kalo en driver nak menempah ajal terlebih dahulu sekalipun, jangan la libatkan orang lain.. Memang bukan semua pemandu bas begitu.. tetapi ingatlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. jgn kerana en driver yang tak bertanggungjawab, pemandu2 bas yang lain turut menerima tamparan yang sama..

Sama2 lah kita memperbaiki diri... Semoga hidup akan lebih diberkati...Amin..




Tuesday, October 12, 2010

soklan cepu emas

Sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia bila seseorang itu belum berkahwin mereka akan tanya, bila nak kahwin? Apabila sudah berkahwin mereka akan tanya soalan lain, bila nak dapat anak? atau anak berapa orang? Bila sudah dapat anak mereka tanya lagi, bila nak dapat anak perempuan atau lelaki dan sebagainya..

Jika kita telah berusaha tetapi masih tiada hasil, maka kita wajib percaya pada qada’ dan qadar Allah. Jodoh adalah hak dan ketentuan Allah, jika Dia belum mahu mengurniakannya, maka redhalah, jangan terlalu gusar kerana tidak semestinya tanpa pasangan kita gagal dalam hidup...

Monday, October 11, 2010

.....(╥_╥).....

jauh....
dan semakin menjauh....
akukah yang bersalah...
atau..
aku harus mula menerima kenyataan...???


aku yang masih belum memahami...
bangun la dr mimpi yang panjang....

Trying to forget someone you love
is like trying to remember someone you never met...

Saturday, October 9, 2010

Ku tetap menanti

Semalam geledah punya geledah you tube, jumpe la lagu nie...
best + sedih = menikam kalbu...
hayatilah ye kawan2..

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

...Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Penantian panjang

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Cintaku padamu..
Ku tetap menanti

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu



Mencari Jalan ke Syurga


Mengapa sedarkan aku dari lena yang panjang,
jika....
ianya hanya untuk sementara......

there's something special about him, that can turn the one person's world upside down

Thursday, October 7, 2010

ingin kesentuh cintamu


˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

ANDAI DAPAT KAU NILAI ERTI KASIH SAYANG

MAKA

IZINKAN KUSENTUH CINTAMU.....

·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Wednesday, October 6, 2010

sayangilah bayi anda

Cara menyusukan bayi dengan betul:

1. Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.

2. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

3. Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

4. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

Perkara yang perlu dielakkan ketika menyusukan bayi:



1.Memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai.

2. Meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian.

3. Sandarkan botol susu kerana bayi anda boleh tersedak dan lemas. Sentiasa pegang bayi semasa memberi susu.

Kaedah rawatan kecemasan:



1. Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa. Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas.

2. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.

* Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital.

~ gambar adalah hasil ehsan pkcik google.
~info: mymetro ( 6.10.10)

Tuesday, October 5, 2010

KUTEMUI CINTA

AKU DILAHIRKAN HANYA UNTUK MENCINTAI,
TAPI BUKAN UNTUK DICINTAI...

Thursday, September 30, 2010

Cinta itu fitrah

CINTA ITU FITRAH...KERANA ITU SETIAP MANUSIA MEMBURU CINTA.
KERANA CINTA MENJANJIKAN KEINDAHAN, KEPUASAN, KEBAHAGIAAN DAN KESEMPURNAAN.
TETAPI

KENAPA HUJUNGNYA SELALU DUKA DAN DERITA? HAKIKAT CINTA MEMAPARKAN KEKELIRUAN MANUSIA TENTANG PERSOALAN CINTA DAN PERGELUTAN MEREKA UNTUK MENCAPAI CINTA YANG HAKIKI

SAAT BERTEMU DENGAN ORANG YANG BENAR-BENAR ENGKAU KASIHI
HARUSLAH BERUSAHA BEROLEH KESEMPATAN UNTUK BERSAMANYA SEUMUR HIDUPMU,
KERANA KETIKA DIA TELAH PERGI…SEGALA-GALANYA SUDAH TERLAMBAT.
SAAT BERTEMU SHABAT YANG DAPAT DIPERCAYA..RUKUNLAH BERSAMANYA
KERANA TEMAN YG SEJATI TIDAK MUDAH DITEMUI..

SAAT BERTEMU PENOLONGMU, INGAT UNTUK BERSYUKUR KEPADANYA
KERANA DIALAH YG MENGUBAH HIDUPMU…
SAAT ENGKAU BERTEMU DENGAN ORANG YG PERNAH ENGKAU CINTAI,
INGATLAH DENGAN TERSENYUM BERTERIMA KASIH KEPADANYA
KERANA DIALAH YG MEMBUATMU LEBIH MENGERTI TENTANG KASIH SEJATI…

SAAT BERTEMU DENGAN ORANG YANG PERNAH ENGKAU BENCI
TERSENYUMLAH KEPADANYA..KERANA DIA YANG MEMBUAT ENGKAU SEMAKIN TEGUH DAN KUAT.
SAAT BERTEMU DENGAN ORANG YANG PERNAH MENGKHIANATIMU
BERBAIK-BAIKLAH BERBINCANG DENGANNYA,
KERANA JIKA BUKAN DIA, ENGKAU TIDAK AKN
MEMAHAMI DUNIA INI

SAAT ENGKAU BERTEMU DENGAN INSAN YG DIAM-DIAM ENGKAU CINTAI,BERKATILAH DIA..
KERANA SAAT ENGKAU MENCINTAI DIA BUKANKAH ENGKAU MENGHARAPKAN DIA BAHAGIA?
SAAT BERTEMU DENGAN INSAN YANG TERGESA-GESA MENINGGALKANMU,,
BERTERIMA KASIHLAH PADANYA,,KERANA DIA PERNAH HADIR DALAM HIDUPMU..
KERANA DIA ADALAH SEBAHAGIAN NOSTALGIA HIDUPMU….

~ BELAJAR & HIDUPLAH DENGAN MENGHARGAI~

Wednesday, September 29, 2010

aper daaa.....

masih x der mood untuk menulis entry baru...
mood dah terbang jauh..
x tahu ke mana menghilang..
semoga mood itu akan kembali..

Friday, September 17, 2010

Makcik cleaner

aktiviti pembersihan sawang labah2...kepada sesiapa yang ada asthma, sila tutup hidung ye..


zaaaaaaaaaassssss sana....

zaaaaaaaaaasssss sini....

zaaaaaaaaaassssss situ...

zaaaaaaaassssssss sinun....


Done!!

Monday, September 6, 2010

dulu darjat berbeza..kini fahaman politik berbeza..

huwarghh... dah lame x jenguk blog... xtahu la knp sejak dua menjak ni..nak kata busy, x lah jugak.. haiish... ape la nk jd? jd manusialah.. haha....

okest.. kat sini nk kongsi satu citer.. kejadian yang berlaku di bulan Ramadhan ini bertempat di kampung aku... Masa tu aku bercuti di kampung..ballik nak berpuasa bersama2 keluarga.. Pada suatu petang, ada la dua tiga orang pkcik dr parti politik A datang ke rumah. jeng..jeng..jeng... nak raih undi ker? ish..lambat lg pilihanraya..agak2 korang la kan..nape mereka datang? cepat teka.. bg duit raya? oh tidak..salah2.. sebenarnya mereka datang untuk hantar kueh mueh untuk berbuka puasa. Menurut pkcik2 tue, mereka akan mengedarkan kueh mueh ke seluruh kampung untuk semua orang tanpa mengira fahaman politik. kebetulan kampung aku majoritinya melayu dan beragama islam.

wah..bagusnya.. bulan2 puasa ni rezeki sama2 dikongsi...tapi..ada peristiwa yang amat2 menyedihkan telah berlaku.. Menurut kenalan pkcik aku yang turut sama dalam aktiviti mengedarkan kueh mueh tue, ada satu rumah tu, semasa mereka hantar kueh raya, seorang lelaki (pkcik) keluar dan mengambil kueh tersebut.. korang tahu x ape yang pakcik tu buat? Dia balingkan kueh tu depan orang yang bagi dan dia cakap " Aku x heran pun dengan kueh orang2 *** (parti politik A). "

Ya Allah...kot iye pun pkcik orang kuat dan penyokong setia parti politik B, jangan la kerana fahaman politik, rezeki yang menjadi mangsa. kan bagus kalo tolak elok2.. " xpe la nak...pakcik dah bnyk kueh nie.. anak bg je kat orang lain..panjang kan sedekah". xpun amek pastu bawak g masjid ke surau ke untuk moreh.panjang2 kan sedekah... dapat pahala.. yang dibaling rezeki tu kenapa la? hishh..susah betul la bile orang kemaruk berpolitik.. be professional.. jgn la sume benda terhalang disebabkn fahaman politik yang berbeza..yang lebih menyedihkan kita sama2 Melayu dan sama2 beragama Islam..... kalo dulu kerana darjat berbeza..tp kini kerana fahaman politik berbeza...ape la nak jadi... fikir2 dan renung2kan...

Thursday, August 26, 2010

equation

~da lame bebenor x update blog..

ketiadaan mood + ketandusan idea * kekangan masa - ke"lembap"an internet = blog terbiar..

hr ni pun persamaan di atas merantai diriku.. so malas nk citer panjang2 jom layan lagu kat bawah ni:

Seandainya, kau ada disini denganku,
mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang selalu menemaniku,
hiasi malam sepiku
Ku ingin bersama dirimu


Ku tak akan pernah, berpaling darimu
Walau kini, kau jauh dariku
‘kan s’lalu ku nanti, karena, ku sayang kamu

Hati ini, selalu memanggil namamu,
dengarlah melatiku
Ku berjanji, hanyalah untukmu cintaku,
takkan pernah ada yang lain


Adakah rindu dihatimu, seperti rindu yang ku rasa
Sanggupkah ku terus terlena, tanpamu di sisiku,
ku ‘kan s’lalu menantimu

‘kan s’lalu ku nanti, karena, ku sayang kamu


Saturday, August 21, 2010

merempit vs diskaun tol

Pejam celik pejam celik dah 11 hari kita berpuasa.. dah dekat nk raya dah.. kebanyakkan orang yang bekerja pasti dah mula memikir untuk mengambil cuti.. kalau yang bekerja jauh dari kampung halaman mesti akan cuba untuk mengambil cuti lebih awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

Dan seringkali bila tiba musim perayaan, kita mendengar tentang OPS Sikap. Ops Sikap (Operasi Sikap) ialah satu operasi keselamatan jalan raya yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia bagi memastikan keselamatan pengguna jalan di Malaysia semasa musim2 perayaan. Operasi ini telah dilancarkan pada tahun 2001. Antara langkah yang diambil semasa Ops Sikap termasuklah:
  • pemantauan khusus bas ekspres
  • pemantauan menggunakan kereta ronda tidak bertanda dan menara pemerhati di lebuh raya
  • mengurangkan had laju di jalan persekutuan (90 km/j kepada 80 km/j) dan jalan negeri (80 km/j kepada 70 km/j)
  • menyekat kenderaan berat daripada jalan pada hari tertentu
Dalam berita Kosmo hari ni, Kementerian Kerja Raya mencadangkan kepada syarikat-syarikat pemegang konsesi lebuh raya agar turut memberikan diskaun istimewa bagi bayaran tol kepada para pemandu berhemah sempena perayaan Aidilfitri ini. Ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata,“Katakanlah dari sini Selangor nak ke Melaka, sepatutnya (ambil masa) dua jam. Tetapi kalau dia boleh sampai satu jam atau satu jam setengah, maka dia tak dapat diskaunlah." alamak....selalu kalo saya balik dr serdang ke melaka paling lama pun 1 jam setengah.. kalo mcm ni nmpak gaya nya x dpt diskaun la...ish..ish..ish.. rugi..rugi.. nanti masa nak balik raya kene kurangkan kelajuan la nampaknya.. tp tu la..kalo bawak slow2 sgt rase mengantuk la pulak..almaklumlah drive sensorang...lg pun saya ni pantang dengan kelajuan.. bekas anak didik-tak-jadi-michael-schemacher la katakan....

Demi diskaun yang akan diberikan, saya x akan melepaskan peluang keemasan itu.. leh save bajet.. so, dengan ini saya akan cube mengurangkan kadar kelajuan kenderaan semasa nk balik raya nanti.. mesti mak terkejut kan..nape la anak dia x sampai2 lagi..selalu awal je smpai.. ingat lagi mase awal2 drive balik melaka sendiri.. sebelum bertolak dah call dah mak.. bila smpai je depan pintu mak dah terjah.. " awal nye smpai..berapa laju dibawaknye ni?" .. demi menyedap kan hati seorang mak, maka saya pun menjawab " eh..x laju la mak.. highway tu yang kosong...". hehe.. boleh ek gitu..

harap2 tabiat yang satu ini dapat diperbaiki.. insyaAllah..hargailah nyawa..ingat lah orang tersayang.. cewah....

daaa...........

Sunday, August 15, 2010

Untuk awak teja aulia (Persahabatan --> Percintaan)


Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan tergelincir-'terlebih suka'.

Aidil : Dalam benakku lama tertanam sejuta bayangan dirimu.. Hatinya sudah terlanjur 'tergelincir' pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa...

Teja : Aidil hanya akan sebut kata ganti diri 'saya' pada perempuan yang dia tak berapa kenal, tak berapa biasa, & tak berapa sayang.. Ini bermakna teja Aulia sudah tidak temasuk kategori itu..benarkah telahan teja itu?? Nampaknya hubungan dia dengan Aidil sudah tiada bunga2 untuk pulih lagi...

Untuk Awak Teja Aulia merupakan karya Syud. Novel ini mengisahkan kisah persahabatan antara Aidil dan teja Aulia yang tanpa disedari telah hadir bibit2 cinta dalam hati mereka. Mereka yang tinggal berjiran dan jarang berpisah dan merupakan sahabat baik. saling memerlukan dan memahami antara satu sama lain.Tiada rahsia antara mereka.Sehinggalah mereka mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke universiti. Teja mendapat tawaran ke KUSTEM manakala Aidil di UTM skudai.

Bermula di saat itu Aidil menyedari yang dia sedah mula jatuh hati kepada Teja. Namun terlalu berat untuk Aidil meluahkan kerna takut akan memberikan kesan kepada persahabatan mereka. Pabila satu perhubungan dimulakan dengan persahabatan, untuk tiba2 kelaurkan statement yang dia mencintai kawan baik dia sendiri - cuma ada dua hala tuju.. hala tuju pertama: MUNGKIN DIA JUGA TURUT SUKA AND THE REST, HAPPY ENDING. Hala tuju kedua: DIA MEMANG ANGGAP SEBAGAI KAWAN BAIK SAHAJA AND B'COZ OF THE CONFESSION, DAH BUAT FRIENDSHIP JD AWKWARD.. Jadi bagi Aidil lebih baik rasa itu dipendamkan...Bagi Aidil cukuplah dia kenal seorang Teja Aulia. Tiada yang lain. Seandainya dia ditakdirkan terjumpa dengan seseorang yang mirip dengan Teja, yang elok budi pekerti, bagi Aidil tetap tidak sama. Bagi Aidil hanya ada seorang Teja dan x akan ada yang lain.

Lain pula halnya dengan Teja. Teja tidak menyedari akan cinta Aidil terhadapnya.. Dan dia juga tidak menyedari yang sebenarnya hati dia milik Aidil. Di KUSTEM, Teja telah terserempak dengan seorang senior yang sangat mirip dan hampir serupa dengan Aidil. Dan akhirnya dia rasa dia mencintai lelaki itu. Bermula dari saat itu lah hubungan antara Aidil dan Teja renggang. Aidil cuba menjauhkan diri sedikit demi sedikit. Dia seolah2 menarik diri daripada kehidupan Teja. Namun mereka tetap masih bersahabat sehingga lah tamat pengajian..

Kemuncak hubungan mereka menjadi tegang adalah di saat Aidil mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Teja merupakan orang terakhir yang mendapat tahu tentang berita itu. Itupun daripada mulut orang lain. Sedangkan dahulu, antara mereka tidak pernah ada rahsia dan merupakan orang terawal yang berkongsi berita tak kira sedih atau gembira. Saat itu merupakan titik tolak hubungan mereka renggang dan tidak bertegur sapa. Sampai bila? Berapa lamakah mereka berkeadaan demikian? Bila kah Teja menyedari yang sebenarnya hatinya adalah milik Aidil? So kalo nak tahu... beli la novel nie..Jangan marah yer.. kang kalo sy citer smpai habis, sian lak kat penulis novel ni.. korang xmo beli dah novel ni nanti.. dengan adanya rase tertanya2 konfirm la korang g carikan novel ni.. oo lupe lak..buku ini diterbitkan oleh Jemari Seni... =D

Waktu terus berlalu.. Dan tak kusedari yang ada hanya Aku dan kenangan...

I'm happy when she's happy.. Kalau bukan aku yang buat dia happy, aku cukup lega kalau ada orang boleh buat dia gembira.

Sometimes sadness only inspires you..

Kalau jatuh tersadung, ada probability tak akan tercalar langsung, mungkin kene kibas pasir yang melekat kat tangan, and soon the pain will cease. Tapi...kalau keadaan jatuh tersadung tercampak masuk gaung, sure cedera parah..silap2 mati...

Aku pelangi yang tak memberi erti dalam hidupmu...

When there is pain, there are no words. All pain is the same..

walaupun wataknya telah lama ada di situ, tapi sekejap sahaja dilupakan.. Umpama dia tak pernah wujud...

Kadang2 kita hanya terfikir nak lari.. Kita bukan niat nak lari daripada masalah pun.. cuma kita nak get away for a while...

Gudbye

buat seseorang yang jauh (dan semakin menjauh):

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
...bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia



Friday, August 13, 2010

Pembunuhan bayi

Akhirnya berjaya jugak aku menyiapkan copyright kedua.. So, boleh la nk membebel sekejap sebelum meneruskan kerja2 yang lain..

hari ni nak membebel pasal aper yer? hmm..tinggg!! yep..hari ni mau cerita pasal isu pembuangan bayi.. Sy teramat2 la sensitif ngan isu ini sbb sy sukakan bayi..so bile ader orang buat sesuka hati dan sesedap rasa dia pada bayi2 ini, sy amatlah sedih..cewah..ayat x leh blah..


Isu pembuangan bayi telah menarik perhatian banyak pihak.. walaupun telah banyak langkah2 yang diambil untuk mengurangkan kes2 pembuangan bayi, namun statistik itu masih meningkat.. Menurut berita dalam surat khabar hari ni (utusan malaysia), Kabinet mengarahkan supaya mana-mana individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan bunuh. Sesiapa yang membuang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi akan disiasat di bawah Seksyen 302 kanun tersebut yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori. Selain itu, mereka juga boleh didakwa atas kesalahan percubaan membunuh atau menyebabkan kematian di bawah kanun yang sama di bawah Seksyen 307 iaitu cubaan membunuh dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Sebelum ini pesalah cuma di caj bawah Akta Kanak2 2001 yang cuma hukuman penjara beberapa tahun.


Dan Kementerian juga akan menerima pakai penukaran perkataan ‘buang bayi’ kepada ‘pembunuhan bayi’. Ini amaran keras bahawa bayi bukannya dilahirkan untuk dibunuh sesuka hati. hah..amek ko... memang sesuai perkataan itu... Pembunuhan bayi yang x berdosa.. Cuba baca Utusan hari ni. Masih ada kes pembuangan bayi. Kali ini di Tanah Merah. Bayi yang masih bertali pusat dibuang kedalam lubang kumbahan najis.. bulan ramadhan lg tue.. hishh...ape la nak jd..ni bukan kira buang ni..di dah kira bunuh ni.. Kesian bayi itu..Nak letak gmbar tu, tp sy x sanggup nak lihat.. x sampai hati..

(bayi ini tidak dibuang yer... cume keletihan membuat kerja)

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat berkata, pihaknya akan meminta PDRM menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kepada kes-kes tertentu supaya ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa dihadapkan ke mahkamah.Menurutnya, ujian DNA ini penting supaya lelaki yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan berlakunya kes hamil luar nikah tidak akan dibiarkan lepas tetapi akan turut didakwa. Maknanya ibu dan bapa yang menyebabkan kehamilan luar nikah akan diseret ke muka pengadilan.. Betul tu.. xkan la ibu je kan.. kalo ibu je mane la nak jadi bayi tue..betul x? So, dua2 memang patut diseret dan dihumban ke muka pengadilan.. Dan seharusnya kes2 itu disiarkan secara langsung dr mahkamah untuk tontonan umum.. Biar satu Malaysia tahu dan lihat muka2 yang tak berhati perut limpa itu..

Ada segelintir yang bersetuju dengan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan namun, terdapat juga yang mengatakan mudah sgt hukuman tu. x berbaloi. x kan wujud nya keinsafan dalam hati mereka. Mereka sepatutnya dihukum rotan supaya dapat menjadi pedoman untuk yang lain dan supaya mereka lebih menginsafi diri. hmm.. ape pendapat anda? Bagi saya, dengan adanya hukuman berat mungkin ramai yang takut untuk berzina dan membuang bayi. Lebih2 lagi pihak PDRM akan menggunakan DNA untuk membuktikan ibu dan bapa bayi tersebut.. dah x leh larik dah.. sbb DNA ni 99% tepat. (kalo golongan cmtu mereka ada ke perasaan takut?). Betul gak pendapat yang mengatakan mudah sgt mati untuk mereka..Lain la hukuman mati itu dibuat dikhalayak ramai.. hah..memang sah2 yang menengok itu akan takut..grrr...

Kalo hukuman rotan pun ok jugak.. letak la 50 ke 100 ke..baru la best.. setakat 10 ke 5 ke..sikit sgt tue.. x berbaloi nak rotan.. x insaf pun agaknye.. silap2 haribulan, kuar penjara buat lagi.. macam mat2 gian @ doktor-cucuk-sendiri tue. Ada yang pernah dirotan semasa dalam penjara..tp bila keluar, x jugak insaf2.. Tapi bagi saya, undang2 islam jugak yang terbaik.

Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza. Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina. Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama. (sumber: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir).

Fikir2kan dan renung2kan..Apa kata anda?

Wednesday, August 11, 2010

30 Rahsia perempuan yang lelaki perlu tahu


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

dipetik dari : Amirul Amin ( makalah ilmu)

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan..
Terlebih dahulu, sy menyusun 10 jari memohon maaf atas segala salah dan silap yang telah dilakukan....
Mata kadang salah melihat..
Mulut kadang salah berucap...
Hati kadang salah menduga...
Tangan kadang salah menulis...
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....
Salam Kasih Ramadan buat semua..
Semoga Ramadhan kali ini penuh makna..
Agar dapat dilalui dengan sempurna..
Selamat bepuasa semua...


Sunday, August 8, 2010

Merenung sejenak

Isu pertama:

Isu kali ini adalah isu haruan makan anak? ikan haruan? ye... tp bukan ikan haruan yang ini tau...


ini cerita pasal manusia yang berperangai seperti haruan..dah lame dah isu mcm ni senyap.. tup2 hr ni keluar frontpage Metro.. Kejadian berlaku di Kota Kinabalu. Seorang ayah telah memperkosa anaknya sendiri.. darah dagingnya sendiri... zuriatnya sendiri.. sy ulang... zuriatnya sendiri.. bukan seorang tp tiga orang... Anak yang sulung adalah berusia 14 tahun.. dan adiknya berusia 13 tahun dan 11 tahun..

Lelaki itu telah berpisah dengan isterinya lima tahun yang lalu dan tinggal bersama tiga orang anak perempuannya dan dipercayai merogol mereka di rumah sejak awal tahun lalu.. Lelaki itu berusia 43 tahun.Kejadian pertama berlaku apabila lelaki itu pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. hadooiii la...!!! Harapkan pagar, pagar makan padi.. Mangsa diugut agar tidak menceritakan perkara tersebut kepada sesiapa.. mangsa pernah cuba untuk melarikan diri tetapi lelaki itu berjaya menemui mereka.Lelaki itu memukul serta membelasah mereka..


Geram..bengang dan rasa marah bila baca berita itu pg tadi.. Ayah yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak2, bertukar menjadi pemusnah.. Ayah yang diharapkan untuk mewalikan anak2 perempuannya nanti, memperkosa anak2 terlebih dahulu..
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang
Lelaki tersebut telah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 16 sebatan. Maknanye lelaki itu akan keluar dr penjara ketika berusia 59 tahun...dan ketika itu anaknya yang paling tua akan berusia 32 tahun...adakah anak itu sudah mampu mengatasi masalah trauma yang dialami? Cukup kah 18 tahun itu?fikir2kan lah..

Kalau la dibuatnya mangsa mengandung, x ke akan lahir la lagi seorang bayi luar nikah..hai..ape la nak jadi..kalo bace metro hr sabtu, ada lagi kisah pembuangan bayi. Kali ni di Ampang. Bayi perempuan dibuang dalam pembentung longkang berair. Bayi itu masih bertali pusat dan dibuang dalam keadaan bogel serta terendam dalam air itu diselaputi lumpur dan kotoran.. Ini satu lagi manusia yang x der otak, akal fikiran, hati nurani.. hishh.... same je macam lelaki yang ibarat haruan ni.. dua2 boleh dilagakan kepala..

Isu kedua:

Saya tertarik dengan sebuah artikel dalam Majalah Al Islam edisi Ogos 2010. Artikel itu menyentuh isu anak tidak 'berbapa'. berdasarkan laporan statistik JPN yang dicatatkan sejak 2005 sehingga 2009, mendapati jumlah pendaftaran kelahiran anak tanpa dokumen perkahwinan ibu bapa keseluruhannya berjumlah 74 723. Jumlah ini hanya melibatkan bangsa Melayu Islam. Tahukah anda...anak2 tidak 'berbapa' ini mungkin merupakan anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan @ anak luar nikah dan lebih mengejutkan apabila ia juga melibatkan perkahwinan berpoligami.


Pasangan yang berpoligami tanpa mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah harus sedar akan tanggungjawab mereka untuk mendaftarkan serta mengesahkan perkahwinan mereka di mahkamah syariah sebaik sahaja perkahwinan itu berlangsung. Sekiranya dokumen perkahwinan ibu bapa kanak2 yang sah tidak dapat dikemukan semasa mendaftarkan kelahiran bayi, hanya maklumat ibu dan kanak2 sahaja didaftarkan manakala nama kanak2 akan dibinkan kepada Abdullah @ pilihan Asma Al Husna yang lain. Yang akan menjadi mangsa dikemudian hari adalah anak2..Akan timbul pelbagai persoalan dan akhirnya anak tersebut akan malu khususnya bila status bapanya tidak tercatat di dalam sijil kelahiran.

So, kepada yang nak berpoligami, sila lah ambil berat akan isu pendaftaran perkahwinan sekiranya berkahwin diluar negara @ berkahwin tanpa kebenaran mahkamah syariah.. Ada empat syarat pertimbangan kebenaran berpoligami seksyen 23(4) AUKI 1984

1. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandangkan kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dr segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak2 persetubuhan, atau gila.

2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggungannya termasuk orang yang bakal ditanggung berikutan dari perkahwinan yang baru

3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut hukum syarak.

4. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar'ie kepada isteri..

So, kalo rase2 ada diantara 4 itu boleh dipenuhi, pergi lah buat permohonan untuk berpoligami. Tak usah lah nak kahwin diluar negara atau tanpa kebenaran Mahkamah Syariah. Memang la kalo kene denda paling banyak pun RM 1000. tp buat2 kene denda + dikenakan hukuman penjara macam mane?? nak ke duk dlm penjara? sanggup ke mengotorkan rekod peribadi?? Itu kalo beringat nak daftarkan perkahwinan.. Kalo yang dah kawin, pastu akibat terlalu seronok berhoneymoon smpai lupe nak daftarkan perkahwinan mcm mane? tup2, si isteri dah berbadan dua.. bila nak daftar kelahiran baru teringat terlupa daftarkan perkahwinan di Mahkamah syariah.. x ker huru hara dibuatnya time tue... sudah terhantuk baru tergadah..

Buat si isteri, kalo xder sijil perkahwinan yang sah, seandainya ditakdirkan anda bercerai, akan timbul masalah semasa mahu menuntut harta sepencarian @ nafkah anak2 dan yang sewaktu dengannya.. Untuk maklumat lebih lagi, dapatkan lah majalah Al Islam edisi Ogos 2010.. x rugi membeli.. banyak ilmu yang boleh diperolehi..




Saturday, August 7, 2010

hati yang kau sakiti

tema lagu kali ini adalah lagu rossa -hati yang kau sakiti..
tema lagu ini telah berkuatkuasa jumaat lepas sehingga luka itu pulih..
jom layan lagu nie....


Friday, August 6, 2010

kemanakah hilangnya hati nurani

tugas pagi2 sebelum mula kerja adalah perlu membaca newspaper dulu.. Oleh kerana tiada tv di kolej sy, so sy perlu membaca newspaper setiap pagi supaya x jd katak dibawah cawan kaca.. tp pg td bile bace mymerto online, sy rase sgt sedih dan marah... kenapa?? sedih dan marah bile bace pasal pembuangan bayi(sila klik disini)..

Bayi itu ditemui dalam keadaan bogel beralaskan kotak... saya ulang.. bogel dan beralaskan kotak.. hello... siuman ke x wahai ibu yang membuang bayi itu?? bayi kecil yang dikatakan berusia antara sehari sehingga seminggu itu tidak dibaluti ape2.. dah la ko letak bayi tu di tepi pintu kereta kancil.. dah malam lak tu.. sejuk la budak tu.. kejam giler la.. hishh...sakit betul hati!!

Kalo la sy jumpe mak baby tue, nak aje dibukakkan segala pakaian pastu disumbat dalam lori sampah...hishh... kalo yer pun ko nak buang bayi tu, agak2 la sket.. cube bayangkan kalo budak perempuan tu x jumpe bayi tu.. x ker bayi tu leh meninggal sebab kesejukan.. pastu konfirm la kene gigit semut ke, binatang ntah ape2 lagi ntah... hish...mane pergi hati nurani sebagai seorang ibu?? hello... kalo ayah tu mungkin la x der hati perut.. ni IBU.. IBU == wanita == perempuan.. xtersentuh ke hati nurani jantung n paru2 ko melihat kecomelan bayi tu?? x sedih ke bile tgk dia menangis?? ish.. ape la nk jd ngan dunia ni skrg...



Semoga kita ambil pedoman n pengajaran... semoga kita dilindungi Allah selalu...

Thursday, August 5, 2010

semangat yang hilang

semangat yang hilang...
ke manakah menghilang??..
paper yang masih tersadai...
copyright yang masih tergantung...
tutorial yang masih belum bertanda...
slide yang masih belum berusik...
OMG!! kembali lah wahai semangat dan kerajinan..
anda benar2 diperlukan skrg...
please..please..please..
kepada cik Malas, pergilah bercuti untuk sementara..
Sy tidak perlukan anda sekarang..
kepada cik Rajin, silalah kembali..
i need you right now!!

Wednesday, August 4, 2010

kompang dipalu...




Topik pagi di Hot FM hari ini adalah mengenai isu Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan. Topik yang panas dibahaskan bersama2 para pendengar stesen radio tersebut.. Pelbagai pendapat telah diberikan.. Ada yang bersetuju dan ada pula yang menentang...

Saya petik laporan dalam Utusan Malaysia Online tersebut:

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing.

Menurutnya, keputusan itu diambil dan telah dipersetujui oleh semua pihak pada persidangan menangani gejala sosial yang diadakan baru-baru ini.

"Bagi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah. Adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada mereka melakukan zina.

"Bagi saya mengubat adalah lebih susah berbanding mencegah. Cara ini saya anggap lebih praktikal, jika tidak gejala buang bayi dan mengandung anak luar nikah tidak akan dapat dibendung," ujarnya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Penghayatan Ramadan serta majlis pentauliahan amil zakat fitrah dan pelancaran Buku Masjid Negeri Melaka di Auditorium Masjid Al-Azim di sini hari ini.

Bagi pelajar yang hamil pula, Mohd. Ali berkata, kebenaran bernikah akan diberi namun denda perlu diselesaikan menerusi Mahkamah Syariah.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi MAIM berkata, keputusan itu diambil dengan mengambil kira 391 kes hamil dan melahirkan anak luar nikah di negeri ini tahun lepas.

Menurutnya, sepanjang tempoh enam bulan tahun ini pula, 174 kes berkenaan telah dilaporkan.

"Kes tersebut kebanyakannya melibatkan pelajar sekolah di bawah umur 20 tahun dan jika tidak ditangani akan berterusan," ujarnya.

"Kalau ada pelajar tidak boleh tahan (untuk bernikah), tolong jangan berzina, minta kebenaran jumpa mufti, kita akan benarkan," ujarnya.

Menurutnya, kerajaan negeri menyediakan bantuan kewangan RM500 kepada ibu bapa daripada keluarga miskin bagi urusan pernikahan anak mereka.


Saya tertarik dengan salah satu pendapat pendengar yang bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri melaka itu. Bagi dia tindakan itu sekurang2nya dapat membantu untuk mengurangkan masalah sosial dan juga mengurangkan kadar kelahiran bayi yang tidak sah. Tetapi ada pendapat mengatakan kita juga perlu melihat statistik kadar penceraian di kalangan golongan muda. Dengan membenarkan mereka berkahwin di usia muda, kemungkinan kadar statistik itu makin meningkat di masa hadapan. Menurut pendapat FBI (Faizal Ismail) ini merupakan langkah yang bagus, dan positif.. kita perlu melaksanakan untuk melihat keberkesanan nya di masa hadapan.. Kalau tidak dilaksanakan bagaimana untuk kita lihat keberkesanan nya.. hmm ..bagi sy, lebih baik kadar kelahiran bayi yang tidak sah itu menurun w/pun kemungkinan statistik penceraian itu meningkat.

Setiap tindakan/ langkah yang diambil ada positif dan negatifnya. Bagi saya, antara yang positif ialah:

1. mengurangkan kadar masalah sosial dikalangan remaja. Hubungan yang halal di sisi agama. Tidak ada lagi remaja yang dilihat berpeleseran tanpa hubungan yang sah di sisi agama.

2. mengurangkan kadar kelahiran bayi luar nikah. So, secara tidak langsung mengurangkan kadar pembuangan bayi.


Antara yang negatif:

1. Sekiranya remaja itu berkahwin sebaya, mungkin terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri/suami/ ibu/bapa.

2. Kemungkinan kadar penceraian dikalangan golongan muda meningkat. ( hmm kan budak2 dihantar untuk menghadiri kursus kahwin..)

3. Remaja akan kurang memberikan tumpuan terhadap pelajaran sebab terpaksa memikul tanggungjawab lain yang berat. Bak kata seorang pendengar Hot fm pg td, belum kahwin pun ada pelajar yang datang ke sekolah dalam keadaan mengantuk, inikan pulak bila dah kahwin..

Memang benar... berat tanggungjawab jika dah berkahwin.. Nak2 bila ada baby. Kalo baby tidak meragam di waktu malam, tidak mengapa.. kalo kena baby meragam diwaktu malam, menangis x mau tidur, mcm mane? hehe.. sy pernah berada di dalam situasi tersebut. Saya menemankan seorang kawan yang mempunyai anak kecil berusia 3 bulan. Pada malam tersebut baby x mau tidur, meragam. So, saya dan kawan saya pun turut tidak dapat tidur.. baru lah saya tahu betapa besarnya tanggungjawab menjadi seorang ibu. bukan mudah.. itu kawan saya yang dah bekerja.. inikan pulak jika kedua2 ibu bapa merupakan seorang pelajar.. bertambah la berat dan besarnya tanggungjawab itu.. itu baru kalau baby buat ragam..belum lagi dikira perbelanjaan untuk keperluan bayi.. so, kepada anak2 yang mau berkahwin ketika bergelar pelajar sekolah, fikir la semasak-masaknya.. tanggungjawab yang bakal dipikul.. memang mudah untuk berkawin tp bukan mudah untuk memikul tanggungjawab..jangan hanya fikirkan keseronokan berkahwin sahaja..lain la sekiranya pasangan anda merupakan orang yang telah bekerjaya atau telah berusia.. bukan sebaya.. lain pulak kisahnya..

Memang benar kita nak mengelakkan maksiat sekaligus mengurangkan kadar kelahiran bayi luar nikah.. tp kita x mahu di masa hadapan terlalu bnyak masalah sosial yang lain berlaku kerana anak2 terbiar tanpa didikan dan perhatian yang sewajarnya drpd ibubapa.. Kalo anda benar2 yakin boleh memikul tanggungjawab, silakan... Kepada ibu bapa, usah dilarang setelah dinasihati.. Kalau benar mereka dah yakin boleh memikul peranan sebagai seorang suami/ isteri, izinkan lah.. itu lebih baik dr membiarkan mereka melakukan maksiat... biarlah hubungan mereka sah disisi agama.. Kalau mereka buat maksiat, ibu bapa jugak yang menanggung dosa.. Kadang2 kita terlalu memandang rendah kemampuan mereka.. mungkin benar bila mereka dah bersedia memikul tanggungjawab itu, mereka mampu untuk mengharungi segala ombak badai yang mendatang.. kita hanya mampu berdoa dan bertawakkal setelah berusaha. semoga keharmonian rumahtangga mereka berkekalan.. Mungkin dengan mereka berkahwin (sekiranya sebaya) semangat untuk belajar itu meningkat, iyelah bila dah ada tanggungjawab, mungkin akan lebih membuat pelajar itu lebih serius memikirkan masa depan. So, mereka akan belajar bersunguh-sungguh dan saling bantu membantu dalam pelajaran demi kebahagian dan keselesaan rumahtangga mereka.segalanya mungkin..

KAdang2 ada ibu bapa yang merasakan tanggungjawab mereka telah tamat setelah anak mereka dikahwinkan. tp bg sy sekiranya anak mereka berkahwin di usia muda, ibu bapa seharusnya tidak melepaskan tangan. Ibu bapa memainkan peranan penting di sini.. Ibu bapa seharusnya menjadi pakar rujukan buat anak2 yang berkahwin diusia muda.. Kalo yang berkahwin dah matang, x pe la kalo nk lepaskan tanggungjawab pada si suami.. Untuk mengelakkan kadar penceraian di kalangan golongan muda, ibu bapa harus membantu... Membantu anak2 muda dalam mengemudi rumah tangga mereka..bukan untuk menjadi penyibuk tp lebih kepada pakar rujukan dan penasihat...

uishh..panjang lebarnye bercerita.. itu pada pendapat sy la.. tp setiap orang ada pandangan masing2.. key..semoga langkah yang diambil oleh kerajaan negeri melaka akan membuahkan hasil yang positif.. Jom sape2 ada pendapat..mari la kita berkongsi... share pandangan masing2.. terima kasih semua...

Pelbagai Perisa

Semanis Gula : setelah sekian lama x g tgk wayang, hr ni dpt g tgk wayang.. best2...
Semasin Garam : dah name pun tgk SALT.. =D
Semasam Cuka : bila tgk handset.. msg yang x dibalas2..
Sepahit Hempedu: memikirkan kedegilan diri sendiri yang suka menyakiti hati sendiri...

Tuesday, August 3, 2010

Salah number

Pagi td otw balik dr pejabat pos, sy terima satu panggilan..
Ada kakak tu mencari seorang wanita bernama Lia..

Kakak : hello.. boleh sy ckp ngan Lia?
Saya : Lia? Lia mane yer..
Kakak : Lia yang anak nye name Qistina
Saya : Hah? Salah nombor ni kak.. sy bukan lia.. Saya single lg..kawen pun belum (haha..jujur giler)
Kakak : eh..biar betul.. hr tu dia bagi akak nombor ni, dia kata nombor husband dia..ni kat mane yer?
Saya : Betul kak.. sy kt upm.. sy lum kawen..mcm mane mau ader anak..akak silap nombor ni..
Kakak : Ya Allah... akak dah kene tipu la nie... aduiii... akak dah kene tipu la nie..
Saya : Kenapa kak? ape yang dah dia buat kak? (penyibuk tahap dragon ball..haha)
Kakak : Akak jaga anak dia.. skrg anak dia ngan husband dia.. dia suruh akak mintak kat husband dia duit jaga anak dia.. dia bg akak nombor ni...
Saya : hah? kenapa la nombor saya yang dibagi nye? sy x buat salah ape2.. bukan saya kak.. (best sgt ke nombor aku tue??).. Maaf ye kak.. akak salah nombor ni..
Kakak : aduiii....akak dah kene tipu la ni... habis la..akak dah kene tipu...x pe la dik.. terima kasih yer..
Saya : sama2 akak.. Assalamualaikum...

haishh.. ape la nak jadi zaman sekarang nie.. akak u dah tolong jaga anak ko, ko g tipu dia nak buat ape.. x kenang budi langsung.. hishh... hargailah jasa dan pengorbanan yang dah di buat kat ko.. kot iyer pun.. dah dpt baby sitter yg bagus, ko pulak buat hal.. cube kalo kene baby sitter yang x ok.. sian akak tu jd mangsa.. sian jugak kat saya.. x pasal2 nombor saya kene jual..saya x lah marah sgt sbb dia jual nombor sy..tp yg buat sy marah bile ko tipu akak tu.. sian dia.. x baik tau buat periuk nasik orang mcm tue.. ishh..ish.. akak tu pun nak hidup gak.. nak bg keluarga dia makan...naseb akak tu x g report polis.. kalo akak tu report polis n bg nombor phone sy mcm mane.. x ke satu hal lg sy mau g balai polis.. sengal tul la orang yg suka memainkan orang lain nie.. hishh..kalo jumpe nak aje kene saya sekeh barang sekali dua...Buat akak tue, bersabar la yer..

p/s: menanti panggilan yang x kunjung tiba... ooohh... sy merindui suara anda....

Monday, August 2, 2010

Melur Bunga Ivy

dah lame x buat review pasal novel kan.. bukan x bace novel..tp mood untuk meng'review' novel tu x smpai.. huhuhu.. lg pun ader terkena 1-2 buah novel yang teramat susah nak dihabiskan.. cover menarik tp isi dalam x memikat hati langsung.. so masa yang diambil untuk menghabiskan novel2 itu teramat2 la panjang.. puas memaksa diri untuk menghabiskan nya.. kalo x habiskan membaca, rasa rugi lak..



Melur Bunga Ivy merupakan hasil nukilan Nazurah Aishah terbitan Jemari Seni.. Pembaca dibawa untuk belajar menggubah bunga di Loving an Ivy sambil menyertai babak cemas yang penuh emosi di kedai itu.. Sebuah kisah cinta sewangi Melur!

Sebuah impian yang menjadi kenyataan.Seperti ceria lagi warna-warni serta harumannya bunga-bunga di situ, itulah yang Steps cube terapkan dalam hidup ini.. Dia ingin berjaya.. Dia ingin bahagia..Dia ingin dihargai..

Pertemuan dengan Azam membuka lembaran ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah 'masalah' bagi Steps. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada 'dia' yang sudah pergi. Sukar untuk Steps melupakan 'dia', seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya..

Namun, Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya? Tetapi.. Kalau hati sudah tidak cinta, boleh kah hati-hati itu disatukan, Khalida?

Jalan cerita yang menarik..di awal2 pembacaan, pembaca dibiarkan tertanya2 mengenai watak Khalida dan Stephenie Ivy.. Siapakah Khalidah? Apakah kaitan antara Khalidah dan Stephenie Ivy.. Plot cerita banyak berkisar dikedai bunga Loving an Ivy milik Stephenie.. Disitulah bermula nya pencarian seorang abang (Azam) terhadap wasiat yang telah dititipkan oleh adiknya. Siapakah yang dicari oleh Azam? Stephanie @ Khalida? Dalam pencarian itu, Azam telah terpaut hati dek cinta pandang pertama pada Khalida, tanpa disedari yang Khalida itu merupakan adik iparnya sendiri, wasiat@tanggungjawab yang diamanahkan oleh adiknya.

Novel ini juga menyentuh isu keagamaan.. Bagaimana seorang wanita yang lahir dan dididik dengan asuhan agama yang kuat, sanggup meninggalkan agamanya demi sebuah cinta. Sanggup membelakangkan keluarga yang telah membesarkan dia hanya kerana seorang lelaki yang dikenali semasa zaman belajar. Seorang lelaki yang tega untuk memisahkan seorang anak drpd kedua orang tuanya. Sejauh mana cinta itu mampu bertahan?Adakah perkahwinan itu bahagia tanpa restu ibu dan ayah?

Sejarah mungkin kan berulang.. itulah yang terjadi dalam keluarga Uncle Gabby. Anak tunggalnya sanggup dibuang keluarga kerana menukar agama. Kembali kepada agama asal ibunya dan berkahwin tanpa restu keluarga. Seorang bapa sanggup mengupah orang untuk menghancurkan kehidupan anaknya.. dan lebih menyayat hati bila seorang bapa sanggup mengupah orang untuk membunuh anak tunggalnya demi sebuah keegoan...

Bagaimanakah pengakhirannya?Adakah Azam berjaya memiliki hati Khalida? Khalida merupakan seorang wanita yang terlalu mencintai arwah suaminya..Dapatkah Khalida membuka pintu hatinya demi kebahagiaan anaknya, Attia? ape yang ditunggu lagi.. dptkan la novel ni di kedai2 buku berdekatan.. hehe... bagi saya x rugi kalo beli novel nie.. best.. jalan cerita yang menarik.. gaya penceritaan yang memikat..

Dalam pilu aku diburu rindu
Dalam duka aku mengharap bahagia
Semoga sinarnya segera kembali... amin

Friday, July 30, 2010

Air Mata

Kata Ibnu Qayyim, terdapat 10 Jenis Tangisan iaitu :

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.
Kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Rasulullah saw bersabda :
”Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa
mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:

- Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
- Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
- Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .
- Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
- Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu…..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

”Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Air mata tanda rahmat Tuhan.

Rasulullah saw bersabda “Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

mari memancing

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?



Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing. Sekali sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan.Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?

Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kepada hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.

Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan air mata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita...

Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan.... Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya... Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu.... Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya...