Wednesday, October 6, 2010

sayangilah bayi anda

Cara menyusukan bayi dengan betul:

1. Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.

2. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

3. Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

4. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

Perkara yang perlu dielakkan ketika menyusukan bayi:



1.Memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai.

2. Meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian.

3. Sandarkan botol susu kerana bayi anda boleh tersedak dan lemas. Sentiasa pegang bayi semasa memberi susu.

Kaedah rawatan kecemasan:



1. Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa. Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas.

2. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.

* Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital.

~ gambar adalah hasil ehsan pkcik google.
~info: mymetro ( 6.10.10)

No comments:

Post a Comment