Wednesday, February 24, 2010

JAJA & DIN


Sekiranya tiba2 anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan jet sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula x bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?
A. katakan. lupakan sahaja, itu hanya logamaya
B. rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
C. kenalpasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
D. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar.

dan JAJA telah memilih jawapan C. Inilah cerita JAJA yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti Al-Azhar sebagai suami. JAJA seorang media planner memilih hidup ala-ala 'zuhud' macam DIN...

JAJA meminang Ustaz DIN. JAJA meminta mama, abah dan Uncle Aqmar untuk membawa lamaran daripadanya buat DIN kerna JAJA benar2 sudah jatuh cinta pada DIN. Kemudiannya DIN melakukan solat istikharah. Esoknya hati DIN sudah yakin berkata ya. Dan nekad menghantar rombongan meminang JAJA.

Pelik tp benar..itu yang JAJA lakukan.... bukan senang untuk melakukan seperti JAJA. Memohon abah dan mama dan untuk melamar seorang lelaki untuk seorang perempuan. Ketahuilah semua, bahawa tindakan JAJA itu x salah. Cuma jarang dibuat oleh org sekarang hanya kerana terikat dengan adat.JAJA berusaha untuk mendapatkan cintanya. Seandainya aku ditempat JAJA, adakah aku mampu lakukan tindakan seperti JAJA? hehe.. untuk ketika ini, aku masih belum temui jawapan itu..

JAJA yang dahulunya hanyut dalam mengejar duniawi, kini berubah setelah berkahwin dengan DIN. Belajar untuk hidup ala-ala 'zuhud'. Setelah habis membaca JAJA & DIN, ape yang mampu aku katakan, ia lain daripada yang lain. Bagi pengemar novel, aku suggestkan kt korang untuk memiliki novel ini.. jalan cerita yang sempoi dan ringan serta banyak ilmu pengetahuan dan agama yang boleh kita adaptasikan dalam kehidupan kita. Mcm mane JAJA boleh jatuh hati pada DIN? Bagaimana kehidupan JAJA selepas bergelar isteri? mampukah JAJA berubah dan menerima DIN seadanya.. Apakah yang tersirat di hati DIN?.. Kang kalo saya cerita lebih2 kat sini, x syok la pulak kan.. hehe..so, ape lagi.. (wah2.. noor suraya, ni dah kene bg hadiah kat aku ni..promote novel ni.. hehe)

Antara quote yang aku tertarik dm novel ni:

hati perempuan bukannya seperti kipas angin: mudah dibuka ditutup..

Dia bagaikan matahari yang rindu akan bulan, tapi sayang nya sampai bila2 pun bulan dan matahari tak mungkin bertemu. Kerna bulan menyirami malam dengan cahayanya dan matahari menyinari siang dengan sinarnya. Apatah lagi bukan hari2 bulan menjadi peneman malam...

Gambar itu bagaikan ada sakti, yang membuat sakit cintanya kembali kambuh, membuat hatinya sedih tanpa jalang pulang..

Cinta itu anugerah Allah, bukan semua makhluk dianugerahkan rasa itu..

Hari ini saya sudah tutup buku..Bukan penat menunggu..Tetapi saya tidak mahu menaruh harapan. Saya ingin menaruh kenangan...


So, bg aku x rugi beli novel ni..ader kawan2 aku selalu salahkan novel..dia kata aku terikut2 sgt ngan citer dlm novel.. novel ni hanya lah cerita rekaan.. tp bg aku, dr novel, kadang2 kita boleh dpt ilmu pengetahuan. bukan semua novel hanya mengajar pembacanya untuk berangan2... Contoh mcm citer JAJA & DIN. Menerapkan kehidupan berkeluarga berlandaskan Islam. Bagaimana untuk menjadi isteri mithali..kisah2 pejuang islam pun ader diselitkan. DIN yang setiap malam akan menceritakan kisah2 pejuang islam, wanita2 teragung dalam islam buat JAJA.. begitu juga JAJA menidurkan puteranya, UMAR. bukan kisah bedtime story mcm cinderella, snow white..

Masih adakah seperti DIN diluar sana? Mampukah aku menjadi seperti JAJA?......

renung2 kan...




2 comments:

  1. ieyra, sure byk koleksi novel ni kan..ayat2 novel pun ieyra dh hafal agaknye..heehe. akak nak pinjam novel ieyra yg best2 bley? mcm nk baca novel la pulak cuti minggu ni..

    ReplyDelete
  2. hehe.. kat kolej ader 3 kotak.. kat umah bnyk la.. hmm boleh je.. akak nk amek bile? ira x bawak la pulak hr nie... x tahu akak nk pinjam.. jaja & Din best gak layan.. ada unsur2 islamic..bahasa dia pun biasa je..ringan.. hehe..

    ReplyDelete