Thursday, July 29, 2010

Kau bukan Milikku

Walau perlahan tapi pasti, seorang lelaki berjaya mencuri hati anda. Namun sayang, sekian lama meunggu, si dia masih tak mengucapkan kata cinta walaupun anda selalu memberikan perhatian khusus untuknya. Cuba fikirkan semula, kemungkinan cinta anda sebenarnya hanya bertepuk sebelah tangan.

Berbeza dengan perempuan, lelaki selalunya akan sukar untuk menolak perhatian yang diberikan oleh perempuan walaupun sebenarnya mereka tak suka. Apatahlagi bila anda selalu bersikap manis dan penuh perhatian kepadanya. Sayangnya, sikap kurang tegasnya itu akan membuat kaum hawa runsing untuk menentukan langkah, diteruskan atau diabaikan. Oleh itu, supaya kaum hawa terhindar dari situasi tersebut, perhatikan tanda-tanda penolakan yang lelaki berikan seperti berikut ini.

bertanya tentang kawan anda

Si dia kerap menanyakan tentang kawan wanita anda, bahkan meminta anda mengajaknya untuk tengok wayang atau makan malam bersama. Boleh dipastikan si dia sebenarnya memang tak tertarik pada anda. Bila si dia semakin kerap menunjukkan kekaguman pada kawan anda, adalah lebih baik lupakan si dia sebelum hati terlanjur berharap.

mencadangkan kawan lelakinya untuk anda

Sejak kebelakangan ini si dia semakin serius mempromosikan kelebihan kawannya yang dirasakan sesuai untuk anda. Bahkan si dia turut membuat planning untuk mempertemukan anda berdua. Kemungkinan ini adalah cara si dia menebus perasaan tidak sedap hati kerana menolak anda. Dia juga kadang kala menyuruh anda untuk mencari teman lelaki lain.

Selalu sibuk

Si dia semakin susah untuk dihubungi dan memberikan pelbagai alasan untuk mengatakan bahwa ia sibuk. Mungkin ia memang sibuk, tapi adalah lebih besar kemungkinan bahawa si dia sedang berusaha menghindarkan diri daripada anda. Ando sibuk bertanya khabar dia tp dia tidak pernah bertanya khabar anda. Setiap kali anda menghantar sms, dia hanya membalas pertanyaan anda tanpa ada usaha untuk memperkembangkan perbualan (komunikasi sehala).

(p/s: aku sgt suka dengan point ini.. kenapa kah? ader kaitan kah dengan merpati putih? mungkin perlu di highlight ayat yang terakhir buat merpati putih..wahai merpati putih..sila komen.. betul kah???)

Berbeza pendapat

Ketika bersama anda, si dia gemar membicangkan topik-topik yang anda tidak suka atau juga perkara yang membosankan. Bila anda menyatakan perkara-perkara yang anda suka, si dia malah menyatakan sebaliknya, dan begitulah seterusnya. Berdasarkan sikapnya itu seharusnya anda sedar bahawa si dia sedang berusaha membuat anda semakin tidak menyukainya.


Menerima penolakan memang bukan sesuatu perkara yang mengembirakan. Untuk beberapa ketika, mungkin anda akan berasa terluka, tapi hadapi sahajalah dengan tenang hati, jangan sampai bersikap emosional dan memburuk-burukkan si dia dengan mencaci maki. Apatahlagi sekiranya si dia memang seorang kawan yang baik untuk anda. Lihatlah penolakan tersebut sebagai jalan untuk anda bertemu orang yang lebih baik dan tak akan membuat anda menyesal di kemudian hari.


Renung2kan dan fikir2kan... Bersediahkah anda untuk menerima kenyataan? la..la..la.. =D

sumber: internet... bukan hasil nukilan aku... cuma sekadar berkongsi untuk pembacaan....

3 comments:

  1. Ierah Myra...ada kalanya apa yang kita baca dengan yang kita alami tidak sama....pembacaan mungkin tepat pada sesetengah orang tetapi pada segelintir lagi adalah tidak betul....Pendek kata...Berusahalah untuk meningkatkan diri anda seperti berusaha menjadi untuk lebih memahami lelaki dan mematangkan fikiran...yang paling penting berdoalah dan percaya jodoh dan pertemuan datang dari Allah...Mungkin kita belum bertemu dengan yang benar-benar serasi dan yang dijanjikan untuk kita...Jangan terlalu bersedih wahai wanita...Apa daya seorang wanita untuk mempersoalkan perasaan lelaki...Kalau lelaki itu tidak mengerti anggap saja dia rugi tidak memiliki kita yang baik...Sebagai Wanita....Aku mendoakan Ierah Myra cepat bertemu jodoh....Aaminnn.....

    ReplyDelete
  2. Apakah pilihan hidup?
    Hidup Gembira bersama Dia..
    Orang yang disayangi juga menyayangi saya..
    atau orang yang disayangi...menyayangi org lain...

    Pilihla pasangan yang juga menyayangi kamu..
    Jika orang yang kamu sayang tidak nampak hati kamu...kamu sudah berusaha mengejar...dan dia pula menjauhi...berhentilah mengejar.... kamu akan pasti bahagia...ada kebahagian lain menunggu jika kamu bukakan hati...tidak semestinya dia yang kamu cinta mampu memberikan kebahagian...lihatlah cinta perlu dua orang bukan satu orang...janganlah menjadi pencinta sahaja...jadilah orang yang dicintai.. kerana aku tahu indahnya juga bila dicintai...jangan buang waktumu kawan...kerana bahagia mungkin ada berdekatan cuma kamu tidak mahu melihat...
    aku juga pernah jadi sepertimu...mencoret perasaan hati dgn harapan dia juga memahami.. tetapi kau harus sedar kawan...lelaki yang mencintaimu seharusnya menjaga hatimu bukan menyakitkan dan dia juga lebih harus memahami.. sebab dia lelaki...dan bukan juga salahnya jika dia tidak memahami...kerana bukannya dia tidak memahami tetapi kita yang tidak pernah mahu faham....yang kita hanyala sahabatnya tidak lebih dari itu....

    dan bagiku sekarang..aku memilih dia yang menghargai aku apa adanya aku...cinta itu harus memahami dan menghargai antara satu sama lain...

    semoga berbahagia...ierah...

    ReplyDelete
  3. uwah... terharunye.. hehe.. terima kasih kawan2... =D

    ReplyDelete