Tuesday, April 27, 2010

permata hati

Kali ni saya nk kongsi satu kisah yang saya bace kat note FB Sri Diah...

Sejak sepuluh tahun lalu, sejak awal perkenalan kami hinggalah dia menjadi staf saya kami seperti adik beradik, ketawa dan menangis bersama (dialah yang banyak menangis dan saya hanya memberinya telinga - mendengar dan mendengar...)

Apabila dia memberitahu dia hamil. setiap kali itulah kami berpelukan gembira syukur atas kurnia Allah. Tetapi dua bulan seleps itu (paling lama pun enam bulan) kami akan berpelukan semula, kali in menangis pula. Dia keguguran lagi dan lagi...

Kandungannya tidak lekat lama, padahal selama hamil dua atau tiga bulan hingga yang paling lama enam bulan dia dilarang keluar wad dan dilarang turun katil. Nurse dan doktor mengawasinya agak ketat. Sudah bermacam teknik dan rawatan dilalui tapi semuanya gagal. Kaedah moden dan tradisional sudah puas dicuba.

Pernah satu ketika, tak pasti kandungan ke berapa... tapi itulah kandungan paling lama - enam bulan. Saya dan seorang sahabat, Siti Arfah melihat sayu janin yang baru berusia enam bulan dibiarkan begitu sahaja menghabiskan nyawanya di sebelah katil ibunya...suatu petang di wad bersalin HKL dengan hujan turun renyai di luar wad...

Memang doktor tidak boleh buat apa, bantuan pernafasan pun tidak boleh diberikan kerana janin belum cukup sempurna. Jantungnya, buah pinggang, mata dan jari masih belum lengkap... dan perlahan-lahan bayi itu pergi sambil air mata kami bercucuran laju membasahi pipi, berpelukan sedih - kalau tak silap bayi itu dinamakan Huda.

Ya... sebelas kali bukan sedikit. Sakit dan derita zahir batin sudah menjadi juadah hariannya. Sebab itulah dia tidak mahu mendengar dan melihat langsung kisah bayi dibuang, digonggong anjing!

Namun macamana? Beliau adalah Editor Sinar Harian Edisi Selangor dan KL!

Saya selalu memberinya nasihat - Tak mengapa... sekurangnya sudah ramai anak Laila menanti di syurga...

Kini sekali lagi anak-anak itu mendoakan kesejahteraan untuk ibu mereka yang kini masih lagi di wad, menanti dan menanti lagi kejaiban Allah. InsyaAllah...
(Nukilan: Sri Diah)


Ya Allah..betapa tabahnya hati Puan Laila mengharungi ujian Allah... Puan Laila bersemangat kental dan berjiwa tabah..Tetap sabar dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat untuk kali ke 11. Tidak pernah serik dan berputus asa.. Saya kagum dengan Puan Laila.. Saya mendoakan agar Puan Laila dan bayi akan selamat menempuh dugaan sehingga genap 9 bulan....mudah2an kesabarannya kali ini berbuah hasil.

Kepada ibu2 yang sesenang hati membuang bayi..Bukalah mata dan hati.. Lihat la betapa kuatnya keinginan Puan Laila untuk bergelar ibu...Sanggup menahan sakit dan derita zahir batin.. sedangkan anda begitu mudah dikurniakan cahaya mata.. begitu mudah juga anda membuang nya sesuka hati dan sesedap rasa...Jika benar bayi itu lahir tanpa ikatan perkahwinan, usahlah ditambah dosa yang sedia ada..Kalaupun anda tidak sanggup untuk memelihara dan membesarkan mereka, letak lah mereka di tempat yang elok.. bukan di tempat pembuangan sampah..bukan di tepi longkang..bukan di dalam lubang tandas.. bukan dibakar bersama2 sampah...bukan di dalam semak dibiarkan kesejukan, digigit semut..mereka itu manusia......bukan anak patung...

Berilah mereka peluang untuk melihat dunia ini.. berilah mereka peluang untuk hidup..berilah peluang untuk mereka membesar...bukan saya nk salahkan 100% kepada ibu2 yang membuang bayi (layakkah dipanggil ibu?...) bapa (layak kah dipanggil bapa?) pun turut bersalah... tp yg membuat saya terfikir adalah...bagaimana seorang wanita sanggup meninggalkan bayinya...setelah sembilan bulan dikendong.. dibawa ke sana kemari... disaat kelahiran bayi itu, tidak tercuitkah hati seorang ibu tatkala melihat wajah anak yang telah dikandungkan selama 9 bulan? Bukankah hati seorang wanita itu begitu halus dan lembut?Bagaimana boleh ditinggalkan dan dibiarkan bayi itu sendirian? kemanakah perginya hati dan nurani seorang ibu dan sbg wanita?

nauzzubillah....Semoga kita semua dilindungi Allah...




No comments:

Post a Comment