Friday, January 22, 2010

C.I.N.T.A



Orang kata percaya pada hati dan perasaan.
Kerana cinta adalah hati & perasaan.
Hanya hati yang mengerti dan hanya perasaan yang merasai...

Aku kata, betoi..betoi..betoi...


Orang kata cinta umpama taufan. Datangnya tanpa diundang. Tiupannya mampu mengubah keadaan dalam sekelip mata.Detik cinta menyentuh, ibarat taufan ganas melanda. Serangannya tak mampu ditepis. Mangsa yang terjebak pasti keresahan...

Aku kata, memang benar..cinta menjadikan aku serba x kena..membuat hidup aku menjadi huru hara..



Orang kata, seksa menangung cinta umpama seksa mangsa taufan & tangisan akibat kegagalan cinta sama seperti tangisan insan yang ranap kediamannya dihempas taufan...

Aku kata, menangung cinta yang tak berbalas dan menunggu sesuatu yang tak pasti lebih terseksa daripada kegagalan bercinta.
.



Orang kata, cinta dalam hati bukan macam fail dlm CPU yang boleh dibuang bila kita tak perlukannya lagi, Tak semudah itu. Nothing about love is ever easy..

Aku kata, seandainya cinta seperti fail dlm CPU, tak kan ada yang kecewa dan derita akibat cinta.. bile kecewa, padamkan terus dr memori.. usah dikenang dan diingat.. kalau la semudah itu.. mencintai seseorang hanya memerlukan sedetik tp untuk melupakannya setahun pun belum tentu cukup..


C.I.N.T.A...... hanya lima huruf. tp mcm2 definisi boleh dikaitkan dengan lima huruf ini.. bergantung kepada persepsi masing2... Cinta kadang2 membawa kebahagian tp kadang2 juga ia membawa penderitaan...bergantung kepada individu itu sendiri.. sama ada ingin mencorakkan ia dengan warna2 pelangi yang penuh keceriaan atau sebaliknya.

Bagi yang pernah dan diberi peluang merasai apa itu cinta, hargai dan jagalah sebaik mungkin. kerna cinta mampu membuat org mabuk, khayal dan hilang arah tuju. Cinta jugak berbahaya untuk dicuba-cuba sebab ia boleh membunuh akal & jiwa kita..

dan bagi yang masih yang belum menemui cinta, bersabarlah.. InsyaAllah, ia pasti akan hadir..cuma cepat atau lambat. Berdoalah agar menemui cinta sejati..


No comments:

Post a Comment