Sunday, January 31, 2010

Ranting Cinta Si Plato


Selesai sudah aku menghabiskan pembacaan novel terbaru Puan Norhayati Berahim: Ranting Cinta Si Plato. ape yang aku leh katakan adalah best.. Karya Puan Norhayati Berahim memang x menghampakan.. ~ berbaloi-baloi \(^0^)/....Ini bukan entry rebiu... just nak share cerita mengenai Plato dan cikgunya, socrates

Plato bertanyakan makna cinta dan socrates pun menjawab:
" Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik. Tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun.

Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:
"Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya fikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa."

Guru itu pun berkata:
"Itulah cinta.."

Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan.
Guru pun menjawab:
"Sama seperti ranting tadi. Namun kali ini engkau harusla membawa satu pohon yang engkau fikir paling baik dan bawalah keluar dr hutan."
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.

Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:
"Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya, tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah."

Lalu sang guru berkata:
"Itulah makna perkahwinan.."


fikir2 dan renung2kan...

4 comments:

  1. kalo kak ira keluar dr hutan tu nk bawa ranting ke pokok?

    ReplyDelete
  2. konfirm la pokok.. umur dah terlalu lanjut untuk membawa keluar ranting...

    ReplyDelete
  3. oo..jd yg ditunggu2 tu ranting ke pokok???
    opss..anggap ni soalan2 penjana pemikiran ye..

    ReplyDelete
  4. yang ditunggu tu adalah pokok...
    harap2nye...

    ReplyDelete