Sunday, January 31, 2010

Ranting Cinta Si Plato


Selesai sudah aku menghabiskan pembacaan novel terbaru Puan Norhayati Berahim: Ranting Cinta Si Plato. ape yang aku leh katakan adalah best.. Karya Puan Norhayati Berahim memang x menghampakan.. ~ berbaloi-baloi \(^0^)/....Ini bukan entry rebiu... just nak share cerita mengenai Plato dan cikgunya, socrates

Plato bertanyakan makna cinta dan socrates pun menjawab:
" Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik. Tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun.

Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:
"Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya fikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa."

Guru itu pun berkata:
"Itulah cinta.."

Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan.
Guru pun menjawab:
"Sama seperti ranting tadi. Namun kali ini engkau harusla membawa satu pohon yang engkau fikir paling baik dan bawalah keluar dr hutan."
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.

Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:
"Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya, tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah."

Lalu sang guru berkata:
"Itulah makna perkahwinan.."


fikir2 dan renung2kan...

Bersedia untuk berjalan-jalan?

hr jumaat lepas bersamaan 29 Januari 2010 merupakan salah satu hari yang best.. kenapa yer? sbb..aku dah ader pasport malaysia.. taraaaaa....


hahah..excited sungguh kan bunyinye.. al maklumlah org x pernah ader pasport..skrg sume org dah boleh ader pasport.. sbb bayaran untuk buat pasport pun dah murah jika dibandingkan dengan harga dulu... untuk 2 tahun (32 muka surat) cuma RM 100.kira ok la tu kan..

proses nk wt pasport pun x de la leceh sgt.. cume makan masa selama 2 - 3 hours. depends pada ramai ke x org pd hr tue jugak....first step amek angka giliran (kalo x ramai ok la.. tp kalo ramai tu yg sanggap dibuatnye), pastu g kaunter dengan borang yang dah lengkap bersama satu salinan i/c and 2 keping gambar. dah settle urusan kat kaunter, tunggu giliran untuk membuat bayaran.. then the last step after pembayaran adalah menunggu selama 2 jam..tang tu yang lemah tue...

aiks.. tak kan wat pasport saje2 je kan... hehe.. agak2 aku nk ke mane yer? BANDUNG...here i cumm...~hehe... x sabar nk menunggu g sana.. harap2 x ader aral melintang mase nk g sana.. amin... wokest la.. ~ta ta..

Wednesday, January 27, 2010

Forget and Move on

Pagi2 mase aku dgr hot fm, depa duk putar lagu amy search : tiada lagi.. entah kenapa aku rase pagi ni lirik lagu tu begitu menusuk di jiwa ku..

Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berkahir sampai di dini
Tiada lagi Yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biarkan aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

huhuhu..cube tgk gambar hati tu.. bnyak kan luka. agaknya hati aku kalo leh kuarkan mesti rupe dia dah mcm ni.. hadoila..kita kalo luka n nk cepat sembuh, kita letak iodin. tp kalo hati luka mcm mane ek? haha..x kan nk telan iodin lak kan.. khakhakha.. lepas dengar lagu tu, aku mula terpikir.. smpai bile harus aku begini? aku kat sini dok bersedih ingat dia kt sana..entah2 dia kat sana sikit pun x teringat kat aku kan.. entah2 aku pun dia dah lupe..

so.. aku pikir dah smpai mase nye untuk aku move on.. try to forget everything..meneutralkan kembali perasaan aku terhadap dia.. just be a friend. boleh ker? hmm dah bnyk kali dah dok pikir n nak buat tp setakat ni lum berjaya lagi.. I said I want to forget him and move on but the truth is I am the happiest when thinking about him.. haha.. mcm mane la nk lupe kan.. haiguu...but this time, aku nekad... semoga aku diberikan kekuatan untuk menuetralkan kembali perasaan aku..

i have to forget and move on..whenever I start thinking about him, NO day dreaming...kene berpijak dibumi yang nyata..huh...

Dengan nama
Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran…. Ya Allah…
Berilah hambamu ini kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah diriku dari azab api neraka….

AMIN… AMIN… AMIN…
YaRabbal’aalamiin…


Monday, January 25, 2010

Menanti...

Biasanya aku lelap tidur…

Terbangun ‘tuk fikirkan diri mu
Mengenangmu yang kini telah jauh

Biasanya aku tenang tidur
Terbuaiku mengingat dirimu
Mencintamu namun kau terlalu jauh

Kucuba lupakan dirimu
Mengingatmu hancurkan hatiku

Dahulu seia sekata,
Namun kini semua telah berlalu



S
emakin aku cuba untuk melupakan dirinya...
Semakin kuat ingatan aku terhadap dia..
haiguu... letih aku hadapi benda mcm ni..
x larat n penat.. cukup penat..
Semakin hari dia semakin jauh..
Dia memang ingin jauh dari aku..
Tapi hati kecilku masih mengharapkan dirinya
Masih miliknya dan akan sentiasa jadi miliknya

Setiap hari menantikan panggilan..
Namun ia x pernah kunjung tiba..
Hari demi hari..
Aku cuba untuk tidak memikirkannya..
Cuba untuk bangkit dari terus mengharapkannya..
Aku tak mahu menjadi seperti sang pungguk yang merindukan sang bulan..
Namun,
Aku tak berdaya..
Aku tak mampu untk melupakannya...
Hati ku seperti sudah terkunci dr menerima kehadiran insan lain..

Sakit yang aku rasa..
Kadang2 membuat aku huru hara..
Entah la..

Aku sendiri tak pasti...
untuk mengharapkan dirinya dan terus menanti
atau merelakan dia pergi dr hati ini..
Aku sendiri tak pasti..
Sampai bila harus aku menyiksa diri sendiri..
Adakah sehingga diri dia dimiliki?


Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa

Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini

Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Daku terus mencari…
Terumbang-ambing dalam kebimbangan




Sunday, January 24, 2010

Yippiiee.....yipppiee....

Alhamdulillah..Syukur pada Allah S.W.T akhirnya penantian kami sekeluarga menjadi kenyataan..after 3 years menanti kehadiran ahli keluarga baru, akhirnya doa kami dimakbulkan.

Mak kata jgn excited sgt..sbb baru lagi...tp aku tetap nk kongsi kegembiraan ni bersama kawan2 yg lain.. haha.. jgn salah faham ye.. bukan aku yg akan menambah ahli keluarga, tp akak aku.. hehe... tp kira aku ni included sekali la kan... x sabar nk jd mak ngah..hehe...


Mase akak aku call ckp jgn lupe sediakan duit raye untuk baby dia..terkejut aku.. menjerit aku dalam kereta mase tue.. dah la aku ni high pitch.. sian kat chik terpaksa mendengar jeritan aku.. haha..kalo ikut calculation, baby akan lahir bulan 9. hehe.. leh celebrate besday ngan aku n mak aku..ape2 pun, aku doakan agar akak aku n baby dia sihat n selamat.

Tahniah buat akak aku n husband dia. can't wait to be call as mak ngah.. ye haa... haha.. silap2 aku ajar baby panggil akak ira..xpun kak ngah...boleh ker?


key la.. that's all for today..





Friday, January 22, 2010

C.I.N.T.A



Orang kata percaya pada hati dan perasaan.
Kerana cinta adalah hati & perasaan.
Hanya hati yang mengerti dan hanya perasaan yang merasai...

Aku kata, betoi..betoi..betoi...


Orang kata cinta umpama taufan. Datangnya tanpa diundang. Tiupannya mampu mengubah keadaan dalam sekelip mata.Detik cinta menyentuh, ibarat taufan ganas melanda. Serangannya tak mampu ditepis. Mangsa yang terjebak pasti keresahan...

Aku kata, memang benar..cinta menjadikan aku serba x kena..membuat hidup aku menjadi huru hara..



Orang kata, seksa menangung cinta umpama seksa mangsa taufan & tangisan akibat kegagalan cinta sama seperti tangisan insan yang ranap kediamannya dihempas taufan...

Aku kata, menangung cinta yang tak berbalas dan menunggu sesuatu yang tak pasti lebih terseksa daripada kegagalan bercinta.
.



Orang kata, cinta dalam hati bukan macam fail dlm CPU yang boleh dibuang bila kita tak perlukannya lagi, Tak semudah itu. Nothing about love is ever easy..

Aku kata, seandainya cinta seperti fail dlm CPU, tak kan ada yang kecewa dan derita akibat cinta.. bile kecewa, padamkan terus dr memori.. usah dikenang dan diingat.. kalau la semudah itu.. mencintai seseorang hanya memerlukan sedetik tp untuk melupakannya setahun pun belum tentu cukup..


C.I.N.T.A...... hanya lima huruf. tp mcm2 definisi boleh dikaitkan dengan lima huruf ini.. bergantung kepada persepsi masing2... Cinta kadang2 membawa kebahagian tp kadang2 juga ia membawa penderitaan...bergantung kepada individu itu sendiri.. sama ada ingin mencorakkan ia dengan warna2 pelangi yang penuh keceriaan atau sebaliknya.

Bagi yang pernah dan diberi peluang merasai apa itu cinta, hargai dan jagalah sebaik mungkin. kerna cinta mampu membuat org mabuk, khayal dan hilang arah tuju. Cinta jugak berbahaya untuk dicuba-cuba sebab ia boleh membunuh akal & jiwa kita..

dan bagi yang masih yang belum menemui cinta, bersabarlah.. InsyaAllah, ia pasti akan hadir..cuma cepat atau lambat. Berdoalah agar menemui cinta sejati..


Wednesday, January 20, 2010

... ◕‿‿◕ smile ...

This is what i want and dream all the days...
g kedai...survey...
tanye itu, tanye ini...tgk sana, tgk sini...calculate itu, calculate ini...
think..think..think..
and finally, i change my mind and.......oooppsss...

so many things happened to get this..huhu... At last, It's mine...thanks to chik @ azza jugak yg membantu untuk merialisasikannya...
~Mimpi menjadi kenyataan~

Tuesday, January 19, 2010

Kisah Novelku

jeng..jeng..jeng...jawapannya ada dlm novel seterusnya....

namun demikian..persoalannya sekarang adalah.....


hmm..ape kan daya…seperti yang tertulis dlm bait2 lirik lagu terlalu cinta by rossa….

jangan dekat atau
jangan datang kepadaku lagi
aku semakin tersiksa
karena tak memilikimu

ku coba jalani hari
dengan mengganti dirimu
tapi hatiku selalu
berpihak lagi padamu

mengapa semua ini
terjadi kepadaku

reff:
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa
Menjauh dari angan tentangnya

namun apalah daya ini
bila ternyata sesungguhnya
aku terlalu cinta dia