Monday, March 8, 2010

jALaN2 hUjUNg MinGGu

Saya selamat pergi dan selamat kembali daripada Kluang Johor. Hujung minggu lepas, saya ditugaskan untuk mengiringi pelajar mengadakan lawatan di sekitar Kluang dan Muar Johor. Marilah ikuti perjalanan saya dr Serdang ke Kluang selama 2 hari 1 malam...

Hari Pertama

Bertolak dr Serdang lebih kurang jam 7 lebih am. Kalau ikut perancangan kami akan melawat Kilang Mosaic di Kluang. Tapi last minute, pihak kilang call and inform untuk batalkan lawatan kami ke sana.Haiyo.... kesian gak kat pengarah program. kelam-kabut dibuatnya. Oleh sbb dah last minute cancel, terpaksa la kami mencari aktiviti lain bagi menggantikannya.. So, aktiviti pertama kami sebaik tiba di ayer Hitam adalah....SHOPPING!!

Kt sini banyak pasu, bunga, kerepek, n yang paling membuat saya rambang mata adalah TEADY BEAR.. geraaammmm tgk teady bear bnyak2..Hasil selama 2 jam berada di sini adalah ---> saya dapat teady bear....Thanks to abg tajul sbb hadiahkan saya teady bear... =D Skrg saya dah ada sepasang teady bear...hai..penuhlah katil saya ngan teady bear nmpaknye.. bukan senang nak dapat hadiah teady bear....hehehe...


Next destination adalah Zen Xin Organic Farm. Besar giler ladang organik nih. Siap ada kemudahan basikal untuk tour satu ladang.Mula2 kami di bawa melihat green house n diberi sedikit sebanyak penerangan tentang penanaman n sistem yang terdapat dalam green house mereka. Menurut akak yang bg taklimat tu, petola organik adalah kurang pahit berbanding petola biasa..hmm ye ke? So, kepada sesiapa yang x minat dengan kepahitan petola biasa, ape kata try makan petola organik..Tp harganya mahal sikit la berbanding harga petola biasa.. Organik la katakan..

Kemudiannya, kami dibawa melawat ke ladang buah naga. Tersangat la besar ladang buah naga yang terdapat di Zen Xin Organic Farm ni. Kreatif jugak pemilik ladang nie. Selain dijual, buah naga tu juga dikomersilkan - contohnya dibuat ais krim malaysia. Kalo kt kampung ais krim malysia 20 sen je tp kat sini ais krim dragon fruit malaysia berharga RM 1. Boleh la tahan rasenye..Bunga buah naga juga dikenali sebagai Queen of the night..Bunga Buah naga hanya mekar pada waktu malam dan selalunya akan mati pada keesokkan harinya..Antara kelebihan bunga buah naga adalah ia dapat membantu untuk melembabkan dan menegangkan kulit kita.. so kepada sesiapa yang takut kepada penuaan, sila lah dapatkan bunga buah naga.. jangan cari dragon ball sudah...

Last sekali kami dibawa melawat ke kebun bunga. Kebanyakkan pokok disini adalah jenis kaktus dan bongsai.. lawa2.. Kalo mak saya pergi ni, hai mesti la dia geram tgk bonsai2 yang cantik tue...Kat kebun ni jugak ada kolam ikan dan kolam kura2... tekejut gak tgk kura2 tue..ada 2 ekor kura2 yang besar dan seekor yang sederhana.. hmm tp betul ke kura2? atau sebenarnya labi2? itu saya x berapa pasti sbb lupe nk tanya akak tue dek kerana keterujaan melihat mereka..cube anda teka...adakah itu kura2 @ labi2?

Lebih kurang jam 5 petang, kami berangkat untuk pulang n check in penginapan. Fuhh...perjalanan untuk smpai ke kawasan penginapan tersangat la mencabar. 4 km dr jalan utama untuk smpai ke kawasan penginapan. Bukan jalan tar, tp jalan tanah merah... memang agak terpencil la kawasan penginapan kami. Tp ok la.. pengalaman.. best la jugak bile waktu malam.. sejuk.. sunyi.. iyelah dikelilingi hutan la katakan...naseb baik budak2 ni ader beli ubat nyamuk.. kalo x bersuka ria la nyamuk2 di situ.. Maaf la yer cik, encik, tuan n puan nyamuk sbb kalian tak dpt mengadakan party besar2an.. heheh..


Dalam enak beristirehat sementara menantikan hidangan dr pihak catering sampai, tibe2 dorm kami dimasuki oleh.....oleh..oleh ape daaa???? cube teka......


taraaaa.............

Ini lah dia sang penceroboh.. Gamat dibuatnye..al maklumlah dorm orang perempuan.. Macam2 cara dicuba untuk menghalau sang penceroboh ini.. tp x berjaya..So, terpaksa la meminta bantuan dr hero2 disebelah... Macam2 aksi boleh dilihat.. kelakar sungguh la waktu tu..tp lupe nk snap gambar.. rugi2..Selepas lebih kurang sejam dua menumpaskan sang penceroboh pertama, datang pulak sang penceroboh kedua... same spesis.. haiyo..sekali lagi hero2 didorm sebelah menunjukkan ketangkasan menumpaskan sang penceroboh....

Malam tu, kami wat BBQ. phewiittt... sedap....Menu: Ayam, sosej, nasi goreng, air sirap limau, jagung n keledek rebus... oo lupe lak.. ader sayur salad from Zen Xin Organic Farm. Fresh..yummy...after BBQ, kami tido awal sbb teramat la penat n esok kene bangun awal untuk pergi next destination...ZZzzzzzz.....

~bersambung~

No comments:

Post a Comment