Sunday, March 21, 2010

Tiada Sepertimu


Koleksi terbaru novelku adalah Tiada Sepertimu karya Anita Aruszi...hasil rembatan di mph pd hr sabtu yang lalu.. hmm x tahu nk buat pilihan yang mana sbb terlalu bnyak novel baru yang kini berada di pasaran.. last2 nekad untuk merembat novel ni.. Pilihan yang tepat kerna karya Anita Aruszi tidak mengecewakan..

Kisah di dalamnya mengenai cinta, keluarga,persahabatan,kesetiaan dan belas ikhsan. Best.. itu yang saya dapatkan setelah selesai membaca novel ini. Hasil garapan penulis membuatkan kita rasa tertanya2 dan ingin mengetahui kesudahannya. Keifli dan Zara bersatu jua walaupun tanpa cinta di hati. Demi mama tersayang, Zara mempertaruhkan hidupnya bersuamikan Keifli. Demi persahabatan dengan Ruby, Keifli sanggup untuk mengahwini Zara walaupun dia tahu Zara bencikan dirinya.Kali pertama pertemuan antara Zara dan Kiefli telah menyebabkan mereka bertengkar. Bermula dr detik itu, setiap kali Zara bertemu Kiefli pasti tercetus peperangan. Kedua2nya bagaikan bertemu dalam rumpun berbeza. Seorang Iraq, seorang Iran...hari2 bertemu mortar..

Namun oleh kerana hasrat seorang mama yang sedang berperang dengan penyakit jantung menginginkan supaya Zara dan Kiefli bersatu, mereka bersetuju untuk disatukan. Perkahwinan itu sedikit sebanyak membuatkan hati Gaby dan Zack iatu kawan baik Zara terguris. Zack kecewa dan takut akan kehilangan kawan baik apabila Zara berkahwin. Gaby yang menyimpan perasaan terhadap Zara kecewa dengan berita yang diterimanya. Permulaan kehidupan berumah tangga Zara dan Kiefli tidak bnyk bezanya. Zara dan Kiefli telah bersetuju untuk berlakon di hadapan keluarga mereka. Mereka berjanji untuk meleraikan ikatan perkahwinan setelah Ruby, mama Zara selesai menjalani pembedahan. Hakikatnya perkahwinan mereka x seperti insan lain. Disaat hati mereka sudah mula jatuh cinta antara satu sama lain, pelbagai dugaan datang menduga. Kehadiran Rania, Camelia dan Intan yang mempunyai kaitan dengan Kiefli di masa lalu menyebabkan kasih dan cinta yang baru berputik, layu kembali.

Sebenarnya, ada rahsia diantara Kiefli dan Ruby. Rahsia bagaimana Ruby boleh berkenalan dengan Kiefli. Kerana Kiefli, Ruby masih boleh bersama Zara sehingga kini. Kenapa Ruby nekad menyatukan anaknya dengan Keifli? Berjayakah Kiefli 'menjinakkan' Zara yang keras kepala itu? Bolehkah Zara menerima Kiefli dalam hidupnya setelah mengetahui segala rahsia mengenai Kiefli.? Mampukah Kiefli dan Zara menempuh ombak badai dalam rumahtangga mereka? Bagaimana pulak dengan Rania, Camelia dan Intan? So, kalo nk tahu, kenalah beli novel ni.. x rugi untuk anda memilikinya.. hehe.. kalo saya citer semua x best la kan..sian lak kat penulis nanti x der org nak beli lak..

Antara kata2 yang saya minat dlm novel ni adalah:

Kadangkala kita tak boleh memiliki orang yang kita sayang. Kalau kita benar2 sayangkn dia, kita harus restui kebahagian yang dipilih oleh dia

Cinta itu hanya milik kita jika orang yang kita cinta itu juga mencintai kita.Mengasihi seseorang tak semestinya memiliki..Adakalanya kita kene lepaskan orang yang kita sayang suatu hari nanti..

Kita tak boleh hidup bersandarkan cerita lama. Hidup harus diteruskan atau kita akan mati dengan kekecewaan..

Cinta atau benci semuanya bermula dari hati. Jika dua hati bersatu, maka cinta akan muncul. Jika satu hati terlerai, maka cinta akan hancur berderai.

2 comments:

  1. kalo kak ira pg KLIBF tu kt x tau la bape byk novel diangkut..jaja&din tggl 14ringgit je..

    ReplyDelete
  2. fiza pergi ker? wah jelouse nye.. nk pergi tp x der kawan... huhuhu :((

    ReplyDelete