Friday, March 19, 2010

sambungan

hari kedua

Meneruskan perjalan di hari kedua. Oleh sebab tempat penginapan kami jauh terpencil diatas bukit nun jauh disana, kami kene bergerak lebih awal untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum ke destinasi seterusnya. So, pagi2 lagi dah bangun w/pun terasa amat la liat untuk meninggalkan tilam n selimut. almaklumlah kawasan bukit n dikelilingi hutan.. Bile pagi2 kan sejuk, nyaman..hehe.. best tido...so setelah bersiap n mengeams ape yg patut, sementara menunggu pakcik bus sampai, sempatlah kiranya kami mengabdikan kenangan di situ...


lebih kurang pukul 8 lebih kami bergerak meninggalkan kawasan penginapan..Selepas bfast, kami meneruskan misi ke ladang ternakan kambing Jalinan Tirai Sdn Bhd. Dalam fikiran dah mula membayangkan macam mane lah keadaan kt ladang kambing tu agaknye ye.. hehe... Sebaik sahaja sampai..waaahhhh...kagum gak sedikit bila melihat keadaan persekitaran dan sekeliling kandang kambing itu bersih dan terjaga. Tak de la berbau busuk sgt. Kami diberi penerangan tentang perusahaan ternakan kambing yang diusahakan. Semasa lawatan kami, sebahagian dr kawasan tersebut masih dalam proses pembinaan.. bukan pembinaan kandang kambing yer..tp pembinaan untuk tempat penyembelihan n pembungkusan daging kambing.


Wah.. Jalinan Tirai Sdn Bhd telah melangkah setapak kedepan. Kalau dulu mereka hanya menternak kambing tp skrg mereka menambah operasi iaitu penyembelihan dan pembungkusan daging kambing. Saya amat kagum dengan semangat yang ada pada pihak pengurusan dan pentadbiran syarikat ini. Kami diberitahu bahawa, mereka baru sahaja mengalami kerugian akibat kematian kambing2 mereka. Lebih kurang 100 lebih ekor kambing di dapati mati keracunan. Bayangkan betapa besarnye kerugian yang mereka alami..Tapi mereka tidak putus asa.Tetap bersemangat n terima sebagai satu cabaran dlm dunia perniagaan. Kalo nk berniaga ni kita kene kuat untuk menghadapai cabaran untung dan rugi. Kalo orang yang tak kuat semangat n mudah berputus asa, susah nk jd businessman yg berjaya.

Hmm lame jugak la kami di situ.. sempat jugak la try pegang seekor kambing.. mula2 takut gak.. tp nk jugak cube.. hehe.. ok la.. x der la ganas n garang sangat kambing2 tu.. Kalo anda semua nk tahu, cara pengang kambing adalah pegang pada tanduknye.. Nampak mcm kesian kt kambing tu kita dok tarik tanduk dia. tp itulah cara yang betul untuk pegang kambing. Selepas melawat dan diberikan penerangan tentang operasi penternakan kambing, kami dibawa untuk meninjau kawasan padang ragut kambing2 tersebut. Adakalanya kambing2 iu akan dilepaskan untuk meragut rumput di kawasan tersebut dan adakalanya kambing2 itu diberi makan rumput yang telah disabit.


Banyak pengetahuan tambahan dan ilmu baru yang kami dapat semasa lawatan ini. Lebih kurang pukul 12 lebih kami meninggalkan kawasan penternakan Jalinan Tirai dan meneruskan misi ke destinasi terakhir iaitu Taman Herba Nasuha di Muar, Johor.


Taman Herba NAsuha terletak di Km 19, Jalan Muar-Pagoh. Ia melipitu kawasan seluas 3,200 ekar dan merupakan salah satu Taman herba yang terbesar di Asia. Kat Taman tu ada lebih kurang 135 jenis herba yang dikumpul dr serata pelusuk dunia. Taman Herba Nasuha di usahakan oleh Tuan Haji Nasuha Kasian. Kami diberi taklimat ringkas mengenai Taman Herba Nasuha serta produk2 yang dihasilkan drpad pokok2 herba di situ. Antara perkhidmatan lain yang disediakan di taman ini adalah Restaurant, Spa, Urutan Traditional dan mandian herba. Selain itu Taman ni jugak menyediakan kawasan untuk bercamping, jungle tracking serta pakej untuk mengadakan seminar.

Selepas itu, kami dibawa menaiki trem untuk melihat kawasan sekeliling taman herba. Sepanjang perjalan, kami ditunjukkan dan diperkenalkan dengan pelbagai spesis pokok herba. Kami juga diberi kesempatan untuk merasa pucuk daun asam gelugor. pernah tgk pokok asam gelugor? tau x mcm mane rupenye.. taraaa....

ni la buah asam gelugor..


Lebih kurang 3 jam kami berada di sini. Around 5.30 kami mula bergerak untuk kembali ke UPM. w/pun hanya sekadar pergi melawat tp tetap terasa penat. Masa perjalan pulang, naik je hilux terus terlelap kepenatan.. esok harinya nk keje pulak.. Naseb baik x jem sgt highway mase dlm perjalanan pulang. Kami sampai UPM around 8 lebih. So, tamat la kisah perjalanan saya ke Johor. huh... dpt jugak sy habiskan entry ni.. al maklumlah.. kebelakangan ni x der idea n mood nk menulis blog.. hehe..

key..sampai bertemu di lain entry... ta ta~



No comments:

Post a Comment