Thursday, March 25, 2010

Kursus @ belajar melukis?

minggu ni saya kene pergi kursus selama 3 hari setengah.. kursus persedian pengajian siszawah.. wah... bunyinye....This is my place:

Pejam celik pejam celik, tinggal setengah hari je esok.. yippiee... pastu habis dah..merdeka!merdeka! merdeka!.. (aishhh..dah mcm 31 ogos la pulak bunyinye) 9 sesi taklimat dah lepas which are Sessi 1: the research journey, Sessi 2: choosing the right University, Sessi 3: Responsibilities of UPM Staff during study leave, Sessi 4: Responsibilities of a tutor during Candidature, Sessi 5: networking and teamwork, Sessi 6: publishing during candidature, Sessi 7: Ethics in teaching, Research and publication, Sessi 8: time stress and management and Sessi 9: communication for success.Three session for each day..

Dalam banyak2 sesi tu la kan,yang paling best adalah sessi ke 9 iaitu Communication for success.. Penceramah dia memang best. Penceramah membahaskan diri sebagai Pak Ngah. Mesra kan panggilan tue.. terasa kamceng lak bile dia membahasakan dirinya sebegitu..Pak Ngah pandai menarik perhatian kami n pandai buat lawak. Tak kering gusi dibuatnya. Sessi 4: Responsibilities of a tutor during Candidature by Prof Turiman Suandi pun best jugak. Cara penyampaian Prof sangat la berkesan. =D Yang lain, biasa2 je.. kalo dinilai boleh la bagi 3.0.

Kadang2 bile ceramah n taklimat tu mendatar je, hmm mata mula lah mengantuk.. So untuk menghilangkan rase mengantuk w/pun dah berpaket gula2 ditelan, mula lah saya membuat keje lain.. hehe.. almaklumlah duk paling belakang la katakan..jom kita tgk ape yang saya dah buat....

Day 1
~Lukisan pertama~

~Lukisan ke 2: Dalam hati ada taman la pulak...~

Day 2
~lukisan ni mengingatkan saya mase sekolah rendah~

hehe.. Kalo dulu mase kelas lukisan bile cikgu ckp, ok..tajuk kita hari ni adalah lukisan bebas. Tak kisah awak nk lukis ape pun. Hah! automatik dlm kepala dah terbayang sawah, gunung, matahari, rumah n burung.. padahal pergi sawah pun x pernah.. tp x tahu la mcm mane leh bayangkan seperti dlm lukisan di atas... pengaruh tv ka? matahari mesti ader kat tengah2 bukit.. pastu ader awan n burung lidi.. hehe.. =D kelakor la zaman sekolah rendah dulu.. x sangka skill melukis saya masih mcm budak2 sekolah rendah...

Day 3
~jiwang mode~

hari ketiga, jiwang mode dah datang semula.. haiyo... siap ader butterfly lak tue.. nk g mane la agaknye butterfly tu kan.. hari ni banyak gak melukis tp kebanyakkan nya melukis nama.. Name ape ek? Nak tahu ke? hmmm tak bleh..tak bleh..biarlah rahsia.. hehe.. Selain dr lukisan kanak2, ada gak membuat contengan versi org dewasa sket.. ala2 puisi luahan perasaan la kononnye.. taraaa....

~kuar dah ayat sang pungguk dan sang bulan~

Ntah ape3 ntah kan.. itu la keje saya kalo saya dah dilanda kebosanan.. walaupun lukisan tu x der la secantik mane, tp boleh buatkan saya gembira..bayangkan dr pagi hingga ke petang duk n dengar ceramah.. tu yang kadang2 hilang kosentrasi tu.. hehe.. alasan...ceh! hai la.. umor dah nk masuk 30. perangai masih macam kanak2 ribena lagi.. bile la nk matang... =D

Key la.. cukup la dulu smpai di sini.. oppss... sebelum tutup, saya sudahi entry ni dengan satu quotation yang saya dapat masa kursus semalam(w/pun saya sempat melukis, tp ader gak ilmu yang sy dapat.. kalo x caye sila lihat buku nota saya =D):
" Being a graduate student is like becoming all of the Seven Dwarves. In the beginning you're Dopey and Bashful. In the middle, you are usually sick(Sneezy), tired(Sleepy), and irritable(Grumpy). But at the end, they call you Doc, and then you're Happy"


~key la..esk ader setengah hari lagi.. ader 2 sessi.. sesii ke 10: taklimat bersama TNCA dan sesi ke 11: forum...semoga esok berjalan dengar lancar..ta ta~

Monday, March 22, 2010

white horse

Uiks... white horse? kuda putih? \(^0^)/ Setelah sekian lame menunggu akhirnya penantian saya berakhir kini.. hmm kalo ikutkan nk warna hitam..tp nk buek mcm mane..jodoh ngan sang putih.. hmm tahun ni saya rasa chemistry saya ngan warna putih cukup kuat.. hr tu mase beli handset pun warna putih gak.. sememang nye saya suka kan putih.. tinggal susah nk jaga sket la.. cepat kotor...

dulu masa beli sang rempit dapat nama MBA.. kalo la sang kuda ni MBZ kan best.. dr A - Z saya punya.. hehe.. tp paling seronok kalo dapat MBJ == Mahirah binti Jahari.. tp terlambat sudah.. teringin gak nk nama MBU.. ooppsss... singkatan untuk apa kah itu? biarlah rahsia.. hehe =D Kali ni kuda putih saya bernama MBW.. huhuhu ok la tu..sedap gak la kan.. kalo ditunggang terbalik kan jd BMW.. hahaha.. perasan sungguh cek..

~ta ta~



Larilah hai kudaku
Larilah ayuh lari
Larilah hai kudaku
Larilah ayuh lari
Gerakkan keretaku
Kawanku telah menunggu
Ayuh lari..uh

Haaaaa..........a...a....a....
Kudaku lari gagah beranu
Ayuh lari hai kudaku lari
Haaaaa..........a...a....a....

Kudaku lari gagah berani
Ayuh lari hai kudaku lari
Kudaku lari kencang
Rasa hatiku girang
Kawan kawanku girang
ah...ha....

Haaaaa..........a...a....a....
Kudaku lari gagah berani
Ayuh lari hai kudaku lari
Haaaaa..........a...a....a....
Kudaku lari gagah berani
Ayuh lari hai kudaku lari
Kudaku lari kencang
Rasa hatiku girang
Kawan kawanku girang
ah...ha....

Sunday, March 21, 2010

Tiada Sepertimu


Koleksi terbaru novelku adalah Tiada Sepertimu karya Anita Aruszi...hasil rembatan di mph pd hr sabtu yang lalu.. hmm x tahu nk buat pilihan yang mana sbb terlalu bnyak novel baru yang kini berada di pasaran.. last2 nekad untuk merembat novel ni.. Pilihan yang tepat kerna karya Anita Aruszi tidak mengecewakan..

Kisah di dalamnya mengenai cinta, keluarga,persahabatan,kesetiaan dan belas ikhsan. Best.. itu yang saya dapatkan setelah selesai membaca novel ini. Hasil garapan penulis membuatkan kita rasa tertanya2 dan ingin mengetahui kesudahannya. Keifli dan Zara bersatu jua walaupun tanpa cinta di hati. Demi mama tersayang, Zara mempertaruhkan hidupnya bersuamikan Keifli. Demi persahabatan dengan Ruby, Keifli sanggup untuk mengahwini Zara walaupun dia tahu Zara bencikan dirinya.Kali pertama pertemuan antara Zara dan Kiefli telah menyebabkan mereka bertengkar. Bermula dr detik itu, setiap kali Zara bertemu Kiefli pasti tercetus peperangan. Kedua2nya bagaikan bertemu dalam rumpun berbeza. Seorang Iraq, seorang Iran...hari2 bertemu mortar..

Namun oleh kerana hasrat seorang mama yang sedang berperang dengan penyakit jantung menginginkan supaya Zara dan Kiefli bersatu, mereka bersetuju untuk disatukan. Perkahwinan itu sedikit sebanyak membuatkan hati Gaby dan Zack iatu kawan baik Zara terguris. Zack kecewa dan takut akan kehilangan kawan baik apabila Zara berkahwin. Gaby yang menyimpan perasaan terhadap Zara kecewa dengan berita yang diterimanya. Permulaan kehidupan berumah tangga Zara dan Kiefli tidak bnyk bezanya. Zara dan Kiefli telah bersetuju untuk berlakon di hadapan keluarga mereka. Mereka berjanji untuk meleraikan ikatan perkahwinan setelah Ruby, mama Zara selesai menjalani pembedahan. Hakikatnya perkahwinan mereka x seperti insan lain. Disaat hati mereka sudah mula jatuh cinta antara satu sama lain, pelbagai dugaan datang menduga. Kehadiran Rania, Camelia dan Intan yang mempunyai kaitan dengan Kiefli di masa lalu menyebabkan kasih dan cinta yang baru berputik, layu kembali.

Sebenarnya, ada rahsia diantara Kiefli dan Ruby. Rahsia bagaimana Ruby boleh berkenalan dengan Kiefli. Kerana Kiefli, Ruby masih boleh bersama Zara sehingga kini. Kenapa Ruby nekad menyatukan anaknya dengan Keifli? Berjayakah Kiefli 'menjinakkan' Zara yang keras kepala itu? Bolehkah Zara menerima Kiefli dalam hidupnya setelah mengetahui segala rahsia mengenai Kiefli.? Mampukah Kiefli dan Zara menempuh ombak badai dalam rumahtangga mereka? Bagaimana pulak dengan Rania, Camelia dan Intan? So, kalo nk tahu, kenalah beli novel ni.. x rugi untuk anda memilikinya.. hehe.. kalo saya citer semua x best la kan..sian lak kat penulis nanti x der org nak beli lak..

Antara kata2 yang saya minat dlm novel ni adalah:

Kadangkala kita tak boleh memiliki orang yang kita sayang. Kalau kita benar2 sayangkn dia, kita harus restui kebahagian yang dipilih oleh dia

Cinta itu hanya milik kita jika orang yang kita cinta itu juga mencintai kita.Mengasihi seseorang tak semestinya memiliki..Adakalanya kita kene lepaskan orang yang kita sayang suatu hari nanti..

Kita tak boleh hidup bersandarkan cerita lama. Hidup harus diteruskan atau kita akan mati dengan kekecewaan..

Cinta atau benci semuanya bermula dari hati. Jika dua hati bersatu, maka cinta akan muncul. Jika satu hati terlerai, maka cinta akan hancur berderai.

Friday, March 19, 2010

keindahan hidupan air

Kali ni saya nk membawa anda sekalian melihat keindahan ikan2 di Xian Leng Aquarium. Xian Leng Aquarium terletak di sebelah wetworld shah alam. So, kepada sesiapa yang x tahu nk kemana n nk buat ape pada masa lapang,boleh la melawat ke sini.. x kene bayar pun. Free je.. Sebenarnya Xian Leng Aquarium ni menjual ikan2 perhiasan.Tp mereka jugak ada muzium ikan2. Kt sini, ikan2nya sangat la besar.. x caye ke? meh kita lihat gmbar2 ni:

hah..skrg percaya x yang saya kata ikan2 kt sini teramat la besar..
ikan ni kalo x silap namenye ikan arapaima.. dah mcm buaya pun ada..


ni ikan pari.. cantik kan.. suka tgk yg pokka dot tue..
nmpk comel.. hehe..

ini la ikan arowana.. cantik dan mahal..
harga ikan ini boleh mencecah ribuan ringgit..
lebih tinggi dr gaji saya.. hehe


Ni pulak ikan kap.. ikan kap sesuai di pelihara di dalam kolam..
Kalo dipelihara banyak2, sgt cantik..
hmm bile tgk ikan ni, teringat pulak kt kolam air terjun umah saya..
dulu kami pelihara ikan ni dlm kolam tu.. dah besar jugak la..
tp malang sungguh naseb sbb ikan2 tu dicurik oleh sang memerang..
so skrg kami pelihara balik ikan kap ni..tp masih kecik.


kenal x ikan ni? cube teka ikan ape?
ni adalah ikan kaloi..bukan ikan tilapia tau.. nmpak mcm serupa tp x same..
besar sungguh ikan kaloi kt sini..
agak2 nye la kan, ikan kaloi dlm akuarium kt umah saya tu boleh jd mcm ni x?

Ni antara spesies ikan2 besar yg ada kt muzium tu...


tgk sherence tu..suka lak dia main2 ngan cik penyu...
comel pulak tgk gmbar ni..kalo anta masuk pertandingan agak2 boleh menang x?


Ni atuk penyu.. dah berlumut badan dia..cube teka berapa umor atuk penyu ni..
hmmm....
hmmmmmm...
saya pun x tahu...


Sebelum balik, sempat singgah sebentar kat air terjun perhiasan..
cantik kan...
hmm nanti kalo saya dah ada rumah sendiri, sy pun teringin buat air terjun mcm ni..


wokest la..cukup smpai di sini.. kalo nk tgk gmbar2 ikan yang lain boleh la tgk kt photo dlm facebook saya.. saya ader upload kt sana.. sehingga bersua di entry yang lain...~ta ta~

Surat terbuka buat awak

huhuhu..berani nya sy...kenapa sy seberani ini? sy pun x tahu.. tp mungkin sbb sy rasa kt sini la tempat saya boleh lepaskan ape yang saya rasa dan awak x akan tahu n x kn bace entry ni..

Awak;
bila saya terbaca comment -->
di mana ada awak di situ ada dia

hmm entah kenapa tibe2 hati saya rasa sayu dan sedih.. w/pun saya tahu itu hanya lah sekadar gurauan dr kawan2 awk tp kenapa yer sy rasa begitu?.. hmm saya pun x tahu..Ia berlegar2 di fikiran saya.. Saya cube untuk mengabaikan dan tidak memikirkan. tp saya x boleh.. haishh..Bile saya fikir2 dan renungkan, saya rasa saya dah berputus asa.. berputus asa ape yer? saya rasa awak faham ape sy maksudkan. Saya tahu bukan mudah untuk saya melupakan dan meneutralkan kembali perasaan saya..tp sy akan cube.

Saya rasa saya dah faham dengan maksud yang awak cube smpaikan bile awak ckp ngan saya, kan ramai lagi kt luar sana. kenapa masih menunggu.. patut la selama ini pun, awak xpernah pun tanya khabar dan hubungi saya.. Awak pun x pernah kisah tentang saya. Maaf la..setelah sekian lama baru saya faham dengan ape yang yang awak katakan dan cube smpaikan..Saya yang susah nk faham2 dan x paham2....tp kini, saya dah faham...Sedih? Kecewa? hmm memang itu yang saya rasa..tp jangan risau, masa akan menyebuhkan nya.. Saya terima dengan hati yang terbuka dan terima sebagai salah satu pengalaman hidup yang perlu saya hadapi.

Saya perlu buat sesuatu agar saya dapat dapat luahkankan ape yang saya rasa dan lepaskan dr diri saya. Saya x nk kalo sy simpan dlm hati saya, lama2 benda ini akan terus menyelubungi saya.. Lepas luahkan kt sini, saya harap saya akan lega dan boleh buka lembaran baru.

hmm..bnyak lagi yang saya nk bgtau awak..tp say rasa dah x der gunanya lagi..cukup la setakat ini..ok la..tp 1 je y sy tau..sy mmg BODOH..sbb sy tunggu awk..w/pon sy tau awak x pernah kisah pun...Ape pun awak tetap kawan saya. Terima kasih sbb awak sudi kawan dengan saya. Itu pun dah cukup berharga buat saya. Saya doakan agar awak gembira dan bahagia. sbb sy tahu saya akan bahagia bile lihat awak bahagia... (●*∩_∩*●)



sambungan

hari kedua

Meneruskan perjalan di hari kedua. Oleh sebab tempat penginapan kami jauh terpencil diatas bukit nun jauh disana, kami kene bergerak lebih awal untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum ke destinasi seterusnya. So, pagi2 lagi dah bangun w/pun terasa amat la liat untuk meninggalkan tilam n selimut. almaklumlah kawasan bukit n dikelilingi hutan.. Bile pagi2 kan sejuk, nyaman..hehe.. best tido...so setelah bersiap n mengeams ape yg patut, sementara menunggu pakcik bus sampai, sempatlah kiranya kami mengabdikan kenangan di situ...


lebih kurang pukul 8 lebih kami bergerak meninggalkan kawasan penginapan..Selepas bfast, kami meneruskan misi ke ladang ternakan kambing Jalinan Tirai Sdn Bhd. Dalam fikiran dah mula membayangkan macam mane lah keadaan kt ladang kambing tu agaknye ye.. hehe... Sebaik sahaja sampai..waaahhhh...kagum gak sedikit bila melihat keadaan persekitaran dan sekeliling kandang kambing itu bersih dan terjaga. Tak de la berbau busuk sgt. Kami diberi penerangan tentang perusahaan ternakan kambing yang diusahakan. Semasa lawatan kami, sebahagian dr kawasan tersebut masih dalam proses pembinaan.. bukan pembinaan kandang kambing yer..tp pembinaan untuk tempat penyembelihan n pembungkusan daging kambing.


Wah.. Jalinan Tirai Sdn Bhd telah melangkah setapak kedepan. Kalau dulu mereka hanya menternak kambing tp skrg mereka menambah operasi iaitu penyembelihan dan pembungkusan daging kambing. Saya amat kagum dengan semangat yang ada pada pihak pengurusan dan pentadbiran syarikat ini. Kami diberitahu bahawa, mereka baru sahaja mengalami kerugian akibat kematian kambing2 mereka. Lebih kurang 100 lebih ekor kambing di dapati mati keracunan. Bayangkan betapa besarnye kerugian yang mereka alami..Tapi mereka tidak putus asa.Tetap bersemangat n terima sebagai satu cabaran dlm dunia perniagaan. Kalo nk berniaga ni kita kene kuat untuk menghadapai cabaran untung dan rugi. Kalo orang yang tak kuat semangat n mudah berputus asa, susah nk jd businessman yg berjaya.

Hmm lame jugak la kami di situ.. sempat jugak la try pegang seekor kambing.. mula2 takut gak.. tp nk jugak cube.. hehe.. ok la.. x der la ganas n garang sangat kambing2 tu.. Kalo anda semua nk tahu, cara pengang kambing adalah pegang pada tanduknye.. Nampak mcm kesian kt kambing tu kita dok tarik tanduk dia. tp itulah cara yang betul untuk pegang kambing. Selepas melawat dan diberikan penerangan tentang operasi penternakan kambing, kami dibawa untuk meninjau kawasan padang ragut kambing2 tersebut. Adakalanya kambing2 iu akan dilepaskan untuk meragut rumput di kawasan tersebut dan adakalanya kambing2 itu diberi makan rumput yang telah disabit.


Banyak pengetahuan tambahan dan ilmu baru yang kami dapat semasa lawatan ini. Lebih kurang pukul 12 lebih kami meninggalkan kawasan penternakan Jalinan Tirai dan meneruskan misi ke destinasi terakhir iaitu Taman Herba Nasuha di Muar, Johor.


Taman Herba NAsuha terletak di Km 19, Jalan Muar-Pagoh. Ia melipitu kawasan seluas 3,200 ekar dan merupakan salah satu Taman herba yang terbesar di Asia. Kat Taman tu ada lebih kurang 135 jenis herba yang dikumpul dr serata pelusuk dunia. Taman Herba Nasuha di usahakan oleh Tuan Haji Nasuha Kasian. Kami diberi taklimat ringkas mengenai Taman Herba Nasuha serta produk2 yang dihasilkan drpad pokok2 herba di situ. Antara perkhidmatan lain yang disediakan di taman ini adalah Restaurant, Spa, Urutan Traditional dan mandian herba. Selain itu Taman ni jugak menyediakan kawasan untuk bercamping, jungle tracking serta pakej untuk mengadakan seminar.

Selepas itu, kami dibawa menaiki trem untuk melihat kawasan sekeliling taman herba. Sepanjang perjalan, kami ditunjukkan dan diperkenalkan dengan pelbagai spesis pokok herba. Kami juga diberi kesempatan untuk merasa pucuk daun asam gelugor. pernah tgk pokok asam gelugor? tau x mcm mane rupenye.. taraaa....

ni la buah asam gelugor..


Lebih kurang 3 jam kami berada di sini. Around 5.30 kami mula bergerak untuk kembali ke UPM. w/pun hanya sekadar pergi melawat tp tetap terasa penat. Masa perjalan pulang, naik je hilux terus terlelap kepenatan.. esok harinya nk keje pulak.. Naseb baik x jem sgt highway mase dlm perjalanan pulang. Kami sampai UPM around 8 lebih. So, tamat la kisah perjalanan saya ke Johor. huh... dpt jugak sy habiskan entry ni.. al maklumlah.. kebelakangan ni x der idea n mood nk menulis blog.. hehe..

key..sampai bertemu di lain entry... ta ta~



Monday, March 8, 2010

jALaN2 hUjUNg MinGGu

Saya selamat pergi dan selamat kembali daripada Kluang Johor. Hujung minggu lepas, saya ditugaskan untuk mengiringi pelajar mengadakan lawatan di sekitar Kluang dan Muar Johor. Marilah ikuti perjalanan saya dr Serdang ke Kluang selama 2 hari 1 malam...

Hari Pertama

Bertolak dr Serdang lebih kurang jam 7 lebih am. Kalau ikut perancangan kami akan melawat Kilang Mosaic di Kluang. Tapi last minute, pihak kilang call and inform untuk batalkan lawatan kami ke sana.Haiyo.... kesian gak kat pengarah program. kelam-kabut dibuatnya. Oleh sbb dah last minute cancel, terpaksa la kami mencari aktiviti lain bagi menggantikannya.. So, aktiviti pertama kami sebaik tiba di ayer Hitam adalah....SHOPPING!!

Kt sini banyak pasu, bunga, kerepek, n yang paling membuat saya rambang mata adalah TEADY BEAR.. geraaammmm tgk teady bear bnyak2..Hasil selama 2 jam berada di sini adalah ---> saya dapat teady bear....Thanks to abg tajul sbb hadiahkan saya teady bear... =D Skrg saya dah ada sepasang teady bear...hai..penuhlah katil saya ngan teady bear nmpaknye.. bukan senang nak dapat hadiah teady bear....hehehe...


Next destination adalah Zen Xin Organic Farm. Besar giler ladang organik nih. Siap ada kemudahan basikal untuk tour satu ladang.Mula2 kami di bawa melihat green house n diberi sedikit sebanyak penerangan tentang penanaman n sistem yang terdapat dalam green house mereka. Menurut akak yang bg taklimat tu, petola organik adalah kurang pahit berbanding petola biasa..hmm ye ke? So, kepada sesiapa yang x minat dengan kepahitan petola biasa, ape kata try makan petola organik..Tp harganya mahal sikit la berbanding harga petola biasa.. Organik la katakan..

Kemudiannya, kami dibawa melawat ke ladang buah naga. Tersangat la besar ladang buah naga yang terdapat di Zen Xin Organic Farm ni. Kreatif jugak pemilik ladang nie. Selain dijual, buah naga tu juga dikomersilkan - contohnya dibuat ais krim malaysia. Kalo kt kampung ais krim malysia 20 sen je tp kat sini ais krim dragon fruit malaysia berharga RM 1. Boleh la tahan rasenye..Bunga buah naga juga dikenali sebagai Queen of the night..Bunga Buah naga hanya mekar pada waktu malam dan selalunya akan mati pada keesokkan harinya..Antara kelebihan bunga buah naga adalah ia dapat membantu untuk melembabkan dan menegangkan kulit kita.. so kepada sesiapa yang takut kepada penuaan, sila lah dapatkan bunga buah naga.. jangan cari dragon ball sudah...

Last sekali kami dibawa melawat ke kebun bunga. Kebanyakkan pokok disini adalah jenis kaktus dan bongsai.. lawa2.. Kalo mak saya pergi ni, hai mesti la dia geram tgk bonsai2 yang cantik tue...Kat kebun ni jugak ada kolam ikan dan kolam kura2... tekejut gak tgk kura2 tue..ada 2 ekor kura2 yang besar dan seekor yang sederhana.. hmm tp betul ke kura2? atau sebenarnya labi2? itu saya x berapa pasti sbb lupe nk tanya akak tue dek kerana keterujaan melihat mereka..cube anda teka...adakah itu kura2 @ labi2?

Lebih kurang jam 5 petang, kami berangkat untuk pulang n check in penginapan. Fuhh...perjalanan untuk smpai ke kawasan penginapan tersangat la mencabar. 4 km dr jalan utama untuk smpai ke kawasan penginapan. Bukan jalan tar, tp jalan tanah merah... memang agak terpencil la kawasan penginapan kami. Tp ok la.. pengalaman.. best la jugak bile waktu malam.. sejuk.. sunyi.. iyelah dikelilingi hutan la katakan...naseb baik budak2 ni ader beli ubat nyamuk.. kalo x bersuka ria la nyamuk2 di situ.. Maaf la yer cik, encik, tuan n puan nyamuk sbb kalian tak dpt mengadakan party besar2an.. heheh..


Dalam enak beristirehat sementara menantikan hidangan dr pihak catering sampai, tibe2 dorm kami dimasuki oleh.....oleh..oleh ape daaa???? cube teka......


taraaaa.............

Ini lah dia sang penceroboh.. Gamat dibuatnye..al maklumlah dorm orang perempuan.. Macam2 cara dicuba untuk menghalau sang penceroboh ini.. tp x berjaya..So, terpaksa la meminta bantuan dr hero2 disebelah... Macam2 aksi boleh dilihat.. kelakar sungguh la waktu tu..tp lupe nk snap gambar.. rugi2..Selepas lebih kurang sejam dua menumpaskan sang penceroboh pertama, datang pulak sang penceroboh kedua... same spesis.. haiyo..sekali lagi hero2 didorm sebelah menunjukkan ketangkasan menumpaskan sang penceroboh....

Malam tu, kami wat BBQ. phewiittt... sedap....Menu: Ayam, sosej, nasi goreng, air sirap limau, jagung n keledek rebus... oo lupe lak.. ader sayur salad from Zen Xin Organic Farm. Fresh..yummy...after BBQ, kami tido awal sbb teramat la penat n esok kene bangun awal untuk pergi next destination...ZZzzzzzz.....

~bersambung~

Monday, March 1, 2010

Quote

Quote itu aku tujukan buat seseorang... ader certain2 word yang perlu ditukar supaya memenuhi maksud yg aku nk smpaikan buat seseorang itu... cr la yg tersirat dlm ape yg tersurat.. pendek kata..lu pikir la sendiri...
Banyak juga sahabat terputus apabila masing2 sudah berkahwin dan terlalu taksub dengan suami atau isteri dan rumahtangga maka, dia tidak mempunyai masa untuk diri sendiri apatah lagi mahu bersahabat. -Puan Nani Rostam